Sunday, January 30, 2011

sepasang cheong-sam biru?




untuk kesekian kalinya satu lagi figura untuk review kali ini. Miss china ataupun china kun kali ini diberikan ulasan. sebenar-benarnya aku langsung tak tahu apakah itu spirit of wonder ni (anime kah? dari manga kah?). setelah dicari barulah aku tau spirit of wonder asalnya dari siri manga - morning seinen yang ditumpukan kepada golongan belia/dewasa pada tahun 1986. kemudiannya dibuat pula anime pada 1992. begitulah lama sejarah china kun ini dan watak dia ialah seorang waitress di sebuah restoran di england. baiklah, mengenai pembelian china kun ni, sepatutnya aku beli figura yang lain tapi china kun pulak yang aku beli. mungkin aku banyak gangguan semasa membeli figura dan antara faktor yang aku boleh katakan ialah - selain dari bentuk tubuh yang menarik (...), china kun mempunyai detail pakaian yang amat cantik dan halus perinciannya. ya betul. macam biasa, gambaran satu per satu 1) bahagian depan kotak tertera aksi figura pvc ini - sama seperti kandungan dalamnya. pose yang anggun dan bergaya untuk seorang waitress yang terer bergaduh. ya, dia boleh pukul orang seperti dalam anime. 2) kotak dari sisi. ada juga aksessori disertakan iaitu dulang, teko air dan satu bekas yang mungkin mempunyai berbagai fungsi. 3) dari belakang kotak tertera nama pengeluar - bandai. bandai adalah nama yang besar dalam dunia anime, figura dan semestinya cerita-cerita aksi jepun. 4) china kun dalam skala 1/8 atau 8 inci sedang membawa dulang untuk sajian pelanggan yang tiada. sila lihat detail postur badan dan perincian pakaiannya. amat teliti dan pakaian dihiasi dengan corak floral berwarna perak. pilihan warna cheong-sam yang baik - biru gelap. kasut tumit tinggi berpadanan dengan warna baju. 5) erm..aku rasa tak perlu aku ulas bentuk badan china kun. korang pun tau macamana kan? tetapi, lihat bahagian bawah/hujung cheong-sam itu - beralun dan nampak alive. ciri inilah yang memberikan figura ini lebih karakter dramatik dalam posenya. pembelian kali ini amat memuaskan dan harganya juga okay. figura ini sangat feminin dan juga sangat cantik serta sangat ayu. ah, mungkin aku sudah terlebih-lebih. sekian sahaja ^^,

Wednesday, January 26, 2011

hari terbuka KLPAC

aku suka hari terbuka..sekolah ke, institut ke, pejabat ke, badan NGO ke, ape-ape ke... asalkan ianya open day. kali ni aku ke KLPAC (KL Performing Arts Centre) dan merasai kemeriahan open day yang amat best. pada aku, event ini amat meriah dan aku amat mengesyorkan kepada semua untuk datang dan experience a joyful day filled with arts and performances. ia berlaku pada 23 Januari 2011 yang lepas bermula jam 10 pagi dan berakhir pada 5 petang. KLPAC terletak di tengah-tengah kehijauan kota sambil senibina lama batu-bata bercampur dengan seni bangunan moden. aku kagum dengan senibina KLPAC yang amat memukau. baiklah, mari aku terangkan setiap gambar:
inilah permandangan yang akan menyambut korang selepas parking di kawasan letak kereta awam. bangunan ini klasik dan senibinanya amat cantik. di belakang tu ialah bangunan moden yang bersambung dengan bangunan klasik ni. rumput dijaga rapi dan pokok-pokok menghijau di sekeliling. sangat santai dan rileks.
humang ai...ni semua manusia yang dah sampai pada masa aku masuk dalam main lobby. berbagai bangsa ada kat situ dan pelbagai peringkat umur. KLPAC ada dua pentas utama, dalam 5 studio, dan berberapa bilik kecil yang juga boleh dijadikan ruang pameran/pertunjukan. ada juga laman yang cantik dengan senibina bangku rehat / bench yang dibuat dari juraian besi (macam dawai, tapi sangat kukuh).
masih lagi di ruang lobby. di sini boleh dapatkan risalah pertunjukan muzik/kelas drama/persembahan gamelan/tarian/jualan/sketsa komedi/sudut bercerita/sesi dokumentari. ada banyak pilihan yang boleh didapati. tapi agak penat kalau korang minat banyak benda. nak berkejar dari satu tempat ke tempat lain bukanlah mudah sangat. bersesak pun menyebabkan langkah kaki menjadi agak slow. namun masih lagi okay kerana event ini amat menghiburkan.
gambar diambil dari seberang sentul park. ya, sentul park terletak bersebelahan dengan KLPAC. taman ini sangat cantik. ada gambar-gambarnya di entry kemudiannya. okay, khemah-khemah ini menempatkan kawasaan persembahan muzik akustik beserta tapak jualan barang-barang persendirian. bermacam-macam dijual - baju, hasil seni, kaset, potret, bunga, bagai banyak lagi. dari jauh dah macam kenduri kawin pulak.

jadi, inilah dia hari terbuka KLPAC. pada aku amat menghiburkan dan sangat informatif. ia adalah salah satu dari acara tahunan yang korang patut attend. keseronokan di bawah satu bumbung - dan ia berlaku sepanjang siang secara PERCUMA! yaaaaaaaaa...! PERCUMA!! ^^)

KLPAC open day - suasana dan sentul park

aku berehat di bawah rimbunan pokok, dan hari pulak baru lepas hujan. orang ramai masuk ke ruang dalam bangunan manakala aku melepak di situ sambil lensa mengambil seberapa banyak perkara yang berlaku. bangku dan meja besi ini nampak elegan berlatarbelakangkan senibina batu bata klasik. seterusnya pokok yang kelihatan sudah berlayar ke alam kematian tetapi masih lagi berdiri di kawasan laman khemah jualan serta persembahan akustik. langit yang biru serta matahari yang cerah menjadikan pokok ini tampak tenang walaupun dah mati. gambar ketiga ni memperlihatkan kawasan sentul park. di sekitar tasik terdapat tembok artistik yang berdiri di pinggir tasik. dua ekor dari empat ekor itik bandar merayau-rayau sekitar tasik. mungkin ada lebih dari empat itik di situ, cumanya empat itu sahaja yang aku nampak. yang lain di KLCC agaknya. enjoying the city life. ^^o
sebelum masuk ke pentas satu aku snap gambar ni. ada dua jalan masuk tapi aku kerap ambik yang kiri ini. dari teori itulah gambar ni aku ambil. di pentas satu banyak band yang berbakat membuat persembahan. aku amat kagum dengan talents yang ada di sekitar lembah kelang ni. genre muzik yang pelbagai tetapi lebih kepada unsur rancak. mereka semua muda-muda belaka. mengagumkan!
sentul park dari pandangan lain. ada buaian di situ dan ramai yang berbuai-buai sambil menyerap atmosfera fiesta di seberang tasik. buaian itu amat popular dan aku tak pernah tengok ianya kosong tanpa manusia berbuai di atasnya. kalau ada kekosongan pasti aku dah naik buaian tu. tapi tak mengapa, aku suka tengok reaksi orang-orang yang berbuai di atas buaian itu. yang dewasa menjemput kembali jiwa keanak-anakannya dan yang kecil - mereka tak perlu fikir apa-apa. buaian ialah unsur enjoyment mereka.

KLPAC open day - manusia dan persembahan

fynn jamal amat berbakat (dan kawan-kawannya juga amat talented sepertinya - alunan serunai juga amat memukau!). this petite woman can offer you a performance more than what you can imagine!. dia ialah seorang poet yang menyalurkan seni kata yang indah dalam bentuk lagu. dia amat spontaneous dan sangat kelakar. pandai berkomunikasi dan suara husky nya amat unik. aku memang dah target persembahan dia dan ternyata dia tidak menghampakan. fynn jamal menghasilkan banyak tulisan-tulisan yang amat menarik. respek for this woman!. si cantik manis sebelah ni pulak dari poet stories. ada 3 orang semuanya dan seorang ahlinya main cello. hebat. masa diorang perform hujan turun pulak, tapi they kept on playing and managed to entertain me. aku bagi diorang empat bintang (dari lima). korang boleh cari fynn dan poet stories di facebook.
persembahan gamelan di pentas 2 menarik ramai pengunjung. tengok je la budak-budak ni. enjoy sakan diorang dapat bermain instrumen budaya klasik ni. aku berlegar di sekeliling pentas melihat emosi dari pengunjung. semuanya gembira semasa di sana.
oppsss...ini mungkin juga pasangan yang paling fotogenik yang sempat aku tangkap gambar semasa aku bersantai di kawasan laman bersebelahan lobi utama. latar belakang sentul park menambahkan dramatik gambar ni. cuba korang tengok di latar belakang tu - ada jaring besi berhampiran dengan tasik (dan ada kelibat budak kecil) - itulah dia bench atau kerusi santai yang terdapat di merata-rata tempat. masa aku tangkap gambar ni pun aku tengah duduk atas bench yang sama. agak selesa. dan semestinya sangat artistik. ^^,
band ni sangat best pada aku - auburn. boleh korang cari di facebook jugak. melodi dan alunan gitar band ni sangat sedap didengar dan solo semasa bridge lagu (solo gitar) sangat unik serta sedap memukau aku yang menonton dalam kesejukan hall pentas 1 ini. sebagai maklumat, kalau aku rasa panas aku akan ke pentas 1 untuk menyejukkan badan. hahhaha. tapi bukan sebab itu je aku ke pentas 1. aku ke pentas 1 juga untuk menikmati alunan muzik dari penghasilan idea kreatif. dan yang paling syoknye - semua ini adalah PERCUMA! nothing beats free stuff. hahahaha. percuma tetapi berkualiti - itulah hari terbuka KLPAC.

Monday, January 17, 2011

gatsby commercial dance : kimutaku vs tokyo troopers

now people, we are at the unofficial gatsby commercial dance. hahahhahaa, kali ni aku saje je nak bagi korang tengok dua personaliti yang aku kenal. satu tu dah lama aku kenal. nama dia takuya kimura atau kat jepun popular dipanggil kimutaku. si kimutaku ni super popular pada dahulunya dan sekarang pun boleh tahan jugak la popularnya. dia sekarang duta gatsby, yang terkenal dengan keluaran gel rambut dan wax rambut. tapi sebenarnya gatsby ni keluarkan banyak lagi produk. cuma dua tu je yang tersohor. jika di jepun, sebut je kimutaku, boleh la dikatakan ramai yang tahu ape kebendenye kimutaku tu. nak tahu lebih lanjut, carilah kat internet. tak nak cari pun takpe, bukan keluar exam mana-mana paper pun mahupun semasa ditemuduga kelak, tak akan penemuduga itu bertanya "awak tahu tak apa itu kimutaku?". jangan resah ye, hahahhha. okey, yang kedua ni seorang blogger yang aku minat - danny choo. dia berasal dari UK dan berminat dalam budaya jepun. dia kini giat memperkenalkan sudut-sudut budaya jepun ke merata dunia - anime, figura, muzik, sosial, budaya, dan macam-macam lagi. cubalah melawat blog dia dannychoo.com atau culturejapan.jp. dua-dua akan ke laman yang sama. dia ni trooper shenanigan. watak trooper dari filem star wars tu memang kegilaan dia. video klip kedua diatas itu pula menunjukkan si danny ni meniru gaya tarian kimutaku (juga berlatarbelakang lagu iklan gatsby) semasa trooping di tokyo. dah dia buat kostum tu, dia selalu melaram macam tu. huh, segan pulak aku kalau melaram kostum macam tu, hehehehe. anyways, pada aku kedua-dua ni memang ada karisma masing-masing dan berjaya dalam bidang masing-masing. aku menunjukkan video klip ini untuk memperkenalkan orang-orang yang memberi impak kepada aku. harap korang sudi berkongsi dengan apa yang aku minati. sekian dari tukang karut.

Sunday, January 16, 2011

Encik Ezio Auditore da Firenze kini dah keluar kotak!

yaaaa.. koleksi figura berterusan lagi kali ini dengan encik ezio dari third person action adventure video game - assassin's creed II pula menjejakkan kaki ke rumah aku. keluaran kedua game ini bermula november 2009. aku tidak berminat sangat bermain permainan elektro ini tapi aku suka pada watak game ini. jadi aku tidak akan mengulas lebih pasal permainan elektro assassin's creed II ini, tetapi lebih menumpukan kepada figura yang aku baru beli hari ini. berita yang agak best ialah aku dapat membelinya pada kadar yang agak murah. figura ini diperbuat oleh square enix mempunyai detail yang sangat baik. macam biasa, penerangan ketibaan masuk dari gambar satu hingga lima dalam susunan kiri ke kanan dan baris satu ke baris tiga. 1) pandangan hadapan kotak yang tertera tajuk video game dan nama penuh si ezio ni. ezio masih terperangkap dalam kotak dan masih tidak mampu menunjukkan sifat brutal nya lagi. 2) pandangan belakang kotak yang juga tertera nama pengeluar - square enix. ada berberapa pose maut dari ezio. 3) ezio dalam casing plastiknya. ada berbagai-bagai weapon accessories dan juga dua articulation tangan untuk pose dan juga tangan untuk pegang pedang, tangan nak tunjuk rasa marah, tangan nak makan, tangan nak beli tiket bas dan sebagainya. 4) dia dah keluar tapi masih cool. mungkin lama sangat melepak dalam kotak menyebabkan dia cool (atau separa bengong). hehehehe. namun, cuba perhatikan perincian anatomi badan dan kostum - amat cantik. 5) ezio memalingkan badannya ke belakang. alunan cape ezio nampak real dan hidup. material kostum pada asasnya berada pada tahap boleh lentur dalam lebih kurang 40%. masih boleh lentur dan bergerak mengikut pose yang dikehendaki tetapi juga 60% keras untuk mengekalkan komposisi figura. okey, maka sekianlah kali ini aku persembahkan ezio. kali ini pembelian aku ialah yang bagus sebab figura ini sememangnya asli dari square enix sendiri. baiklah, sehingga figura yang lain datang pula - babai!...

Encik Ezio Auditore da Firenze - sesi foto

haaa.. dah kenal si ezio ni, maka boleh lah kita ke sesi foto yang bersambung di bahagian kedua. dari gambar-gambar ini, cuba lihat perincian pada kostum ezio - amat mengagumkan. setiap ukiran dapat dilihat pada figura yang berketinggian 10 inci ini. mungkin jika ada kelapangan yang lain, aku akan membuat serba sedikit new movement menggunakan tangan memegang pedang atau pergerakan berlawan yang lain. buat masa ni pun aku dah berpuas hati dengan pose yang sedia ada... ^_-

Friday, January 14, 2011

vividblaze: mirai mechanism

band dari nippon ini memainkan muzik yang pelbagai - jazz, funk, slow tunes, bossa nova, dan seterus-seterusnya (lebih kurang "macam-macam ada.."). terdiri dari dua ahli iaitu vokalis Miho Tezuka dan Keyboardist Yasunari Okano mereka berdua terus menerus meredah haluan muzikal yang tersendiri. keunikan dan kreativiti vividblaze ini terlihat dari hasil tempo muzik yang pelbagai yang disusun dalam pelbagai range - sekejap sangat laju dan kuat manakala kadangkala menjadi lembut dan ala-ala mellow. dengan rentak dan alunan suara yang unik inilah muzik mereka bergerak dan bersatu dalam bentuk realiti dan fantasi vokal serta muzikal. untuk muzik diorang ni, favorite aku ialah mirai mechanism seperti dalam sisipan video klip di atas (video asal dalam full HD terlampau besar saiznya, aku re-format dalam mp4 format. check out youtube kalau nak tengok HD version). video klip dia pun amat menarik. penuh dengan warna-warni lanskap di nippon. terasa seperti transisi imej dalam video klip membawa aku melancong ke bahagian-bahagian business/shopping district dan entertainment hub sekitar tokyo. bila la aku nak berpeluang pergi ke sana? kalau dapat pergi, aku nak cipta satu lagu dan buat video klip macam ni jugak. tapi aku rasa untuk memantapkan skil aku, aku perlu bermula di sini dulu. mungkin dengan bantuan "danny choo perak" (hahahaa!) yang kini sedang belajar selok belok multimedia design serta bendalah publishing elektronik di melaka tu boleh membantu aku dalam usaha ni hahahhaa. jadi, ini ialah satu projek yang masih belum mendapat apa-apa kelulusan. aku target dalam dua tahun! harap boleh jadi. ^_~

Thursday, January 13, 2011

dalam hatinya ada taman dan bulan yang mengambang

declan keluar dari chalet ke bahagian beranda untuk menghirup udara malam. dia merenung kejauhan dalam samar-samar malam, ada cahaya menari-nari di tengah lautan. cahaya dari perahu nelayan. angin bertiup lembut dan terasa amat menyenangkan. declan memusingkan badannya ke arah chalet. dari tingkap chalet itu, langsir bergerak lemah dialun oleh angin malam. dari tingkap itu juga declan terlihat kelibat anna yang sedang mencarinya. setibanya anna di muka pintu, declan menyambutnya dengan senyuman. lalu anna menghampiri declan dan bertanyakan apa difikirannya. declan cuba berpuitis dan cuba memenangi hati anna buat kesekian kalinya pada malam itu. anna ketawa kecil melihatkan kesungguhan declan menjiwai mode romantis. pada satu masa anna menyuruh declan berhenti bercakap. anna berkata "mahukah awak meluangkan masa untuk saya?". declan menjadi majnun mengangguk bersahaja. anna mengangguk kecil sambil berpaling ke arah lain. dari kejauhan satu keramaian penduduk sedang berlansung. cahaya lampu amat meriah, suasana dipenuhi bualan dan ketawa serta bunyian keriangan. kanak-kanak dengan keadaan typical berlari berkejaran satu sama lain. riang mereka ketawa walau lawaknya tidak seberapa. mungkin itulah jiwa keriangan yang sebenarnya. keriangan kanak-kanak. anna berpaling kembali merenung declan yang matanya masih sedang memerhati keramaian itu. anna kemudiannya terus sahaja berkata,"mari kita cari bangku sandar pantai dan berbaring diatasnya sambil merenung bulan. sangat corny, tapi saya suka". declan ialah majnun pada malam itu, laila nya ialah puteri anna yang didamba. tiada satu pun arahan, selain dari yang merbahaya, akan dia sangkal. kanak-kanak masih berlarian berkejaran. keramaian masih berjalan. cahaya lampunya terang melawan malap cahaya bulan di langit cerah.

Monday, January 10, 2011

harga nyawa pada kontrak si pengecut

dia melihat tanah kelahirannya tumbang sama sekali. dimalukan dan diperlekeh kepada seluruh dunia. datang penceroboh yang tidak bertopengkan syaitan. penceroboh itu tidak memerlukan topeng syaitan. kerana penceroboh itu sememangnya syaitan! datang mahu menakluk tetapi berlakon penyelamat. dia hidup di bawah rejim kata penceroboh itu. dia hidup dalam penindasan kata penceroboh itu. dia hidup tidak aman kata penceroboh itu. se-diktator mana pun manusia yang penceroboh itu menuduh, sebanyak mana jiwa tidak bersalah dipenjara dan dibunuh oleh diktator itu mendakwa, ia tidak terlawan dengan betapa banyak dan besarnya jiwa dan kesucian yang dibunuh, dicabul dan dibuli semenjak penceroboh ini memasuki tanah airnya. di manakah kemajuan? kenapa terus berperang? motif penceroboh amat nyata. you create chaos in a free and peaceful land. do it in the most noble concern that you could think of and one day, you'll succeed and you'll have everyone at your feet. semakin berkecamuk negaranya sekarang ini. di manakah keamanan dan kemajuan yang dijanjikan? kenapa sangat stereotype konsep adil/maju/aman yang penceroboh ini bawa? di tanah-tanah bukan seagama dengan negara yang malang ini, semakin maju dan aman dilindungi oleh penceroboh ini. bangunan-bangunan yang kini runtuh kerana bom dan peluru dibiarkan sebegitu. dia pun tidak hairan kini kenapa hollywood selalu sangat menggambarkan negara-negara seagamanya digambar dengan kaedah yang sama. sesudah askar penceroboh merentap segala yang ada di tanah airnya. kini contractor datang mengambil alih new chaos order nya. contractor ialah nama baik utk menutup kejahatan kumpulan ini. sebenarnya mereka ini mercenaries yang mendapat wang dengan membunuh dan kononnya berkawal utk mengekal keamanan. berapa nyawa seseorang diletakkan pada kontrak ini? seorang kanak-kanak? bayi? wanita? lelaki? semua sudah ada harga. mereka kini dapat bermain video game dengan menggunakan peluru hidup dan target nya ialah bangsa manusia yang mudah dilupakan, iaitu bangsa di tanah airnya. huh..! contractor konon... dia lebih rela berlawan dengan anjing yang sudah tenat dilanggar lori daripada melayan pengecut-pengecut ini. semoga 'berjaya' diucapkan kepada penceroboh dan contractor semua...

Saturday, January 8, 2011

kembali ke 2010


aku ada berberapa gambar-gambar yang pada tanggapan aku sesuatu yang terbaik aku dapat capture pada tahun 2010. maaf bebanyak la kalau gambar semua ni tidak menepati tahap best korang tapi silalah berfikiran neutral dan tengok saje lah gambar-gambar ni. nak di delete kan tak boleh pulak ye. hahahahaaa. aku saje yang boleh delete gambar semua ni. maknanya, sapa yang dah terlepas tengok tu, kira halal je la. okey, mari aku describe tiap satu (kiri ke kanan, baris satu ke baris dua). 1) frontman band hardcore ipoh - legendary tabaraka perform di surf-up KL 2010. dalam gambar asal iaitu foto yang dalam warna, imej johan terhasil sebagai imej beliau dan juga imej kedua - ghost atau hologram - yang terhasil melalui pancaran flash kamera aku. keadaan agak gelap masa tu dan flash cikai aku (flash built-in dan bukannya speedlight) memberi kesan menarik pada gambar ini. 2) penunggang terhebat sepanjang zaman - lagenda itali valentino rossi mengambil selekoh terakhir sebelum menamatkan perlumbaan di moto gp 2010 sepang di tempat pertama. tak sia-sia aku jerit macam nak rak sampai geng-geng australia sebelah aku yang sokong casey stoner tensen. hahahahaha. vale - the living legend. 3) lepas aku merayau kat kawasan central market, aku renung ke atas dan aku nampak simetri bangunan ini yg amat cantik. kalau pada warna, bangunan ini berkilau keemasan kerana tingkapnya di tinted warna emas. so, kadang-kadang tu, korang berjalan pandang la ke atas sekali-sekala. jangan selalu, nanti jatuh longkang atau terlanggar anjing yg sedang tidur. susah nak kena samak nanti. 4) GT queen yang memberi pose manja ketika gt japan 2010. minah ni paling popular, atau pun top three masa tu. semua gt queens originally datang dari jepun. tapi aku rasa ada sorang gt queen yang sepatutnya dapat rank no. 1 tapi aku tak dapat ambik gambar dia. dia tak buat stage appearance dan masa aku di pit walkabout aku tak dapat ruang lansung nak menangkap gambar. hampeh sungguh!. so, si dia ni aku rasa boleh jadi antara yang terbaik dan peramah jua adanya. so, itu empat gambar untuk kali ini. aku akan cuba upload yang lain nanti pada masa akan datang. imano wakare! (lebih kurang maknanya seperti goodbye for now!)

dari meja tukang karut

aku ada sebijik meja ini saja untuk digunakan menulis perkara-perkara yang frinjan atau fringe (betul ke frinjan dalam bahasa melayu malaysia?). di sini ialah safe house aku. di kala dunia sosial luar memberikan aku idea, aku akan ke sini untuk memberi serba sedikit impak minimum kepada pembaca. jadi, aku perlu memastikan aku mendapatkan benda yang terbaik (pada tahap aku, dan bukan pada skala masyarakat) untuk aku meneruskan kerjaya hebat ini. aku telah membeli kerusi pejabat pada satu jualan barangan perabot pejabat baru-baru ini. kali ini menulis lebih selesa dan aku tak segan silu tidur di atasnya, walaupun pada akhirnya aku memilih tidur di atas katil yg lebih empuk. aku membeli kerusi ini pada harga yang pada hemat aku agak murah. rodanya memang bagus. aku menjadi semakin pemalas hendak bangun berjalan utk ke jarak yang dekat. aku juga sedang memikirkan utk menggunakannya utk ke ruang tamu untuk menonton TV. tapi cadangan itu masih lagi kurang berasas pada aku walaupun aku pernah mencubanya sekali. hahahahaaaa. perlu diingat, kesihatan perlu dijaga. aku akan selalu beringat pada konsep kesihatan supaya aku tidak akan menjadi super pemalas. dari tukang karut - sekian.

first time foto berwarna!



baiklah! kalau aku ceritakan tentang figura tetapi gambar dalam hitam dan putih, agak payah orang lain nak memahami konsep warna pada figura mio chan ini ye tak? jadinya, ada empat lagi gambar di sini. feel free to browse!

mio chan sudah sampai!


very well, miss akiyama a.k.a mio chan dari anime K-On! sudah sampai dari kedai. detail yang agak bagus secara keseluruhan. cuma bahagian bass string saja yang hampeh. tali gitar bass mio chan ini memerlukan pembaik-pulihan. aku mengagak bahawa figura dari uplark dan good smile company yang tersohor dengan figura anime ini kantoi pada bahagian tali gitar bass. namun aku juga mengagak, ini ialah figura yang melalui jalan bawah tanah dan bukan asli melalui jalan keluaran good smile company. takpe, nanti aku cuba baiki tali gitar itu. namun, keseluruhan figura ini memuaskan. detail pada pose, bass guitar body, juraian rambut dan costume tampak hidup dan memberi perincian kepada emosi figura ini. gambar di atas (mula dari kiri ke kanan dan baris satu ke baris dua) menceritakan : 1) mio chan di dalam kotak di bahagian depan. 2) kotak mio chan dari bahagian belakang. tertera nama pengeluar uplark dan good smile company. 3) mio chan sudah keluar kotak dan posing bergaya sambil kotaknya kelihatan dari kejauhan (bukan jauh pun..hahahah). 4) mio chan sudah mula berani memberi individual pose utk sidang redaksi sindiket. untuk maklumat tambahan, K-On! ada lima watak dan secara skrip asalnya, sememangnya si mio chan ni paling popular. jadi yang lagi empat tu kena la bertarung nak jadi nombor dua popular. sekian sahaja utk sesi pengenalan bersama mio chan. babai!

ada awek jepun dalam rumah aku

ni awek ke makcik jepun ni? hahahha. awek agaknya. hello out there. looking at the picture on the left, you'll get an idea that it is a calendar. saiznya amat besar. kalau letak melintang dalam kancil, sure penuh dari pintu kanan ke pintu kiri dan hampir mencecah atap sebuah kereta kancil. ini first time aku dapat kalender macam ni. pada aku amat menarik. aku suka kimono yang dipakai dalam kalender ni. aku berterima kasih kepada company yang memberi aku kalender ini. selalunya kalender yang aku dapat macam biasa-biasa je. bukan aku tak bersyukur, but we do try to find some different and special things pada satu masa dan peringkat hidup kita. siap kalender ni ada bingkai lagi. mungkin pada 2012 aku boleh guna bingkai ni untuk projek foto lain pulak. hmmm.. berguna jugak benda ni ye. itu cerita future. buat masa sekarang ni minah kimono ni akan menjadi kalendar rasmi untuk 2011.





Thursday, January 6, 2011

permulaan yang pilu

aku agak pilu kerana ada agak banyak benda nak ditulis, namun laptop aku bermain cinta romantik dengan aku. di kala aku on laptop aku, ianya mula seperti biasa namun skrin pula tiada menyala. ini ibarat bercakap dengan awek cantik yang cuba beraksi manja dengan aku..cuba berinteraksi/bercakap dengan aku tetapi matanya ditutup2 pula. aku dalam usaha mengembalikan tahap romantik itu kepada romantik tahap filem hindustan - bukan sahaja boleh bersembang dan merenung ke mata masing2, tetapi juga boleh menyanyi, menari, makan, minum, ketawa, menangis bersama. hahahhahaa..dalam erti kata lain aku sedang dalam usaha memperbaiki laptop aku. namun masa agak terhad bagi aku. aku akan cuba sedaya upaya. entry ini dibuat di cybercafe yg dipenuhi gamers2 yang agak sopan. tak bising sangat. cuma ada butir2 bicara mandarin dan kantonis yang aku memang tak akan faham. mungkin juga terselit 50% unsur carutan. biarlah. sekurang2nya tak bingit sangat. apa2 pun, sesudah sihat laptop aku nanti, berberapa entry akan menyusul. sehingga kemudian datang tiba...

Saturday, January 1, 2011

udang berambat keluor sunga pada tahun 2011

phew, a year went by and i would like to wish you people out there 'happy new year 2011'. not that my new year wish is something important but i would like to get in queue and do my insignificant wish. as the pics above suggest, both are my pics wearing the stormtrooper 'helmet'. i'm not into star wars thing but i just think it is cool. please also notice the japanese-based characters that should mean 'happy new year 2011' (i think so). kind of cool huh? if there's someone who finds out the character is wrong, well i hope that you would not pay much attention to that hehehe. another note to the pics is that pic #2 has its stormtrooper helmet in the most awkward and strange position. i can't help much of that. i wanna show my first digital mistake in 2011. so what? it's a mistake and now the prawns are rushing out from the river in 2011..whatever that means...!

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...