Wednesday, May 25, 2011

minggu yang penat

aku nampak seorang wanita yang cantik. aku mahu bertanya "can i take your picture?" tetapi dia mungkin hanya akan tertawa manis ataupun memukul aku dengan bengis (wah!). cemas dan suka aku. aku makan pagi yang enak2 tetapi di malamnya aku menanggung beban kesakitan perut yang amat kritikal. aku bangun awal pagi dan aku bergerak keluar dari rumah awal (semestinya). aku kurang mengenali erti kesesakan jalan raya. aku banyak terperap di office sambil bertentangan mata (atau skrin) dengan komputer yang menang dalam pertandingan 'siapa kelip mata/skrin dulu dia kalah'. kerja lama aku banyak kena return balik ibarat seperti ketika aku di sekolah dulu. kalau itu disamakan dengan exam, maka aku mungkin layak dapat D (hah!). aku menikmati suhu sejuk separuh hari (penangan aircond office yang super siberia). aku berjaya menukar bateri jam tangan simpanan aku. terbengkalai lama tidak boleh dipakai kerana berberapa kedai yang nampak "bijak" tapi tak mampu tukar bateri jam aku (alasan bodoh!). akhirnya ada kedai "kusam" yang mampu membuat tugasan profesional itu. tahniah! RM7 sahaja!!. kedai terbaik 2011 - anugerah sindiket. layan 2 animation yang terbaik. very intense, emotional and for sure very entertaining. puas hati. (hmmm... bila boleh layan pirates of the carribean?). bersukan dan berpeluh walaupun selama sejam - aku jadi lemau utk keesokan harinya. jumpa dengan bakal studio utk photoshoot! (wow!). kereta dah bersampah dan berkekotoran (kotor amat sangat). first time kerja sabtu utk 2011. first time terpikir (kalau bab terpikir ni mmg banyak kali heheheh) nak keluar dari comfort zone kerja makan gaji utk bikin bisnis (malangnya semua dalam minda je..hahahha. kan aku dah kata...angan2 je tu...). aku berfikir "kenapa lagu2 yang aku dengar semuanya best2 dan sedap2 belaka?" kenape la agaknya. CSI, CSI, CSI! (vegas). beautiful life - aren't people just beautiful? ngam. tiap2 hari baca surat kabar tapi berita selalu tak dapat tengok. minggu yang penat. aku mengharapkan minggu yang lebih santai seperti hikayat dongeng. mana ada minggu yg mudah bagi aku. sedangkan hikayat merong mahawangsa pun kene fight, kene tensen2, kene pikir macam2 dan kene bikin strategi perang. hello, can i take your picture?

Friday, May 20, 2011

cemerpen : aku harap aku kalis peluru

Segala otot dan badan ini bergerak2 sehingga terasa mahu tercarik. Ibarat kain yang mudah dicarik, tetapi masih payah utk mencariknya. Terasa kesakitan ini dalam diri setiap hari, setiap masa. Pada waktu ini, aku hanya berharap aku kalis peluru. Bukan sahaja kalis peluru, malah kalis pada semua kesakitan.

Olahlah aku, bentukkan aku ikut acuan kamu. Panaskan semua jarum yang ada dan cucukkan seperti patung voodoo. Kamu yang menjadikan aku seperti ini. Aku hanya berharap aku kalis peluru. Bukan sahaja kalis peluru, aku amat berharap aku kalis kepada semua perasaan yang memusnahkan.

Maka, jadikanlah aku ini bahan sasaran. Bayar seringgit dan lima peluru diberi. Lubangkan badan dan perasaan ini supaya aku boleh bertukar menjadi jutaan buih2 halus meletup pada saat yang hampir, yang ada bentuk dan kalis peluru? – sekurang2nya begitulah.

*Pengolahan / gubahan semua dari idea asal – terima kasih kepada idea asal.

Saturday, May 14, 2011

Muse - Stockholm Syndrome

video
muse ialah antara band favorite aku. lagu2nya mantap dan semestinya melodic. lagu ini antara kegemaran aku dalam lagu2 muse - drum beat yang amat ngam!. lagu ini menggunakan drum beat yang pelbagai pada setiap perenggan muziknya. aku suka tgk performance drummer muse - dominic howard. dia dengan selambe mengetuk setiap cymbal, snare drum, floor tom, toms, bass drum dan hi-hat...namun bunyinya amat unik dan ngam. aku nak share pengalaman bermain drum utk lagu ini pada perspektif dominic tetapi sayangnya tiada video khas utk si dominic ni. maka, cover video pun jadilah. mamat ni not bad dan dia bermain hampir sama dengan gaya dominic. ada videoclip lain utk drum cover lagu ini tapi diorang buat style sendiri. bukan tak ok, cuma gaya dominic tu dah memang best. ada berberapa lagi drum cover videos utk lagu2 muse di masa depan. tunggu...

Friday, May 13, 2011

Valdes - Cacophony

video
aiseymen.. (retro catch phrase!)... dan aku sebenarnya pun tak tau kalau frasa itu ada makna. cumanya dulu kerap digunakan sebagai salah satu word expression. dan, aku taknak sembang pasal aiseymen, tetapi nak sembang pasal valdes. salah sorang guitarist yang aku minat selain malmsteen, michael angelo batio, man kidal, syahrul ekamatra, karl cromox, vinnie moore, marty friedman, jason becker dan joe satriani. aku diperkenalkan kepada valdes pada tahun 2004 semasa sedang cuba burn cd di salah satu kedai muzik di KL (aku dah tak buat keje2 burn cd dah..tak elok..hehehe). mamat tu suggest aku valdes dan first time dengar aku suka. dia main neo-classical metal seperti most of ikon2 aku yang lain. dan lebih memalukan aku burn jugak album dia ni. hahahha. tapi, jangan risau.. setelah aku bekerja aku membeli CD ori valdes melalui internet. tak la rasa bersalah sangat. yang bestnya, aku selalu dengar cd burn tu walaupun ada yg ori. ada value benda tu. memori yang amat berharga. aiseymen....

Thursday, May 12, 2011

sial

sial. si polan terasa seperti sial itu separuh dari dirinya. belum habis satu, sudah datang bala yang lain. si polan mula tertanya2 apakah dia benar2 sial. sial dan bala itu datang selarikah? si polan tidak memahami konsep sial yang sebenar. adakah kesusahan dan bala itu sial? kalau kesusahan, si polan itu tidak sesusah dan daif seperti setengah2 manusia yang dipapar dalam televisyen. kadangkala bila si polan itu berjalan, kedaifan itu terpampang di depan matanya. si polan bersyukur bila memandang keadaan itu - dia tidaklah sedaif itu dan tidak sesusah itu. tetapi dia lupa pula bahawasanya ada yg lebih malang/susah dari dia bila dia dan dirinya ditimpa malang. secara otomatik si polan memulakan teori sial itu. segala yg dia tahu dan pemikiran rasionalnya terus hilang. terlupa terus si polan itu. sial pun datang menyapa. konsep sial ini mungkin hasil pembawaan dari masyarakat si polan itu. dalam filem/televisyen pun konsep sial itu diteruskan secara jayanya. sekelumit kesusahan sudah cukup utk meletakkan akal si polan ini terlangkup. sedikit kesusahan ditafsir bala yang maha hebat. tiada sial. cuma hidup tak semestinya senang.

Monday, May 9, 2011

ahad bukan juga hari yang menenangkan

aku mahu bitchin' pasal sesuatu yang memang memualkan orang lain. macam tak sudah2 pulak jadinye ye. sudah2 la tu. memang mulut orang senang berkata. diri sendiri memang tak dapat nak menerima jugak ayat2 dari manusia2 yang berjiwa baik ini (yang memang berhati baik, bukan "baik" okay..). kalau aku pun berada di pihak yang merasakan perlu memberikan ayat2 yang baik sebagai penenang jiwa, aku akan berbuat begitu. aku jarang memikirkan entah betul ke tak orang yang aku nak berikan ayat2 sejuk itu memerlukan kata2 dari aku. entah aku menambahkan luka pulak jadinya. namun, bottom of the stories, memang bagus dan mulia orang yg berkata2 baik ini. cumanya aku kadangkala dengan rasukan jahat ni kurang menerima. aku mahu semua orang senyap. diam. jangan berkata apa. renung sahaja dan berkata saja dalam hati. aku paham setiap renungan itu. renungan yang baik serta renungan yg mencemuh. aku terima senyap lebih baik dari kata2. dan dengan ini juga, aku perlu memberitahu diri aku dan ajar diri aku perkara yang sama, kerana aku juga perlu berlaku adil kepada yang lain.

Sunday, May 8, 2011

nilai sebuah kos

pukul sebelas pagi pada satu hari indah lapan mei tahun yang pudar ingatan. mungkin 2010, 2011..atau 2012? perjalanan ke kuala lumpur menjadi sesuatu nilai yang baru. kos perjalanan meningkat dari tiga puluh ringgit kepada tiga ratus ringgit. sengkek. sengkek. dan sengkek. ini hanyalah amaran. mari layan game bola. best jugak.

Monday, May 2, 2011

bleach (bukan iklan pencuci)

video
bleach ialah antara anime yg aku follow siri animenya. selain dari siri, aku juga berpeluang menonton full-length animated film berdasarkan siri anime itu - bleach: memories of nobody yang direlease pada 2006. vid-klip di atas ialah ending theme filem itu (lagu oleh aqua timez). aku sengaja mahu memberi peluang kepada orang lain utk melihat ending filem ini dan lagu dari aqua timez macam ngam pulak bunyinya. ada subtitle utk lirik lagi. okay, mula2nya ada ichigo dan rukia. kemudian bermula permandangan kota dari pagi dan berubah tengahari, petang, senja, malam, subu, pagi balik dan tengahari. kemudian, scene ichigo sedang berjalan di jambatan dimana watak bernama senna berakhir dengan kematian. selepas kematian senna, memori senna sepatutnya tidak diingati oleh sesiapa pun termasuk ichigo yang sebelumnya berusaha utk menyelamatkan senna. namun, pada satu ketika di atas jambatan itu angin yang kuat bertiup dan menerbangkan riben merah yang pernah dibeli oleh ichigo utk senna. anyway, vid-klip ini tak sepenuhnya habis [aku malas nak download yg lain..sori.. :) ] dan aku akan menerangkan penghabisan yang sepenuhnya. jeng3x... selepas riben merah itu di genggaman ichigo, kedengaran suara gadis sedang berlari gembira. bunyi suara yg seperti ichigo kenal. kemudian seorg gadis mirip senna tanpa riben merah di rambutnya berlari melintasi ichigo. gadis itu terus berlari dan dia tak menunjukkan apa2 tanda yang dia kenal ichigo dan ichigo pulak macam ingat2 lupa. mungkin dua2 lupa kot. selepas gadis itu melepasi ichigo, ichigo tersenyum dan terus bergerak. itu lah dia pengakhirannya. heheheheh. sekian. sekian. dan sekian. ^_^

kepala radio - tiada kejutan

video
silalah tonton vid-klip ini. aku suka melodi/lirik/mood video ini. thom yorke menggunakan feature muka yang dia miliki dengan sebaiknya utk videoklip ini - brilliant!. mungkin lirik lagu ini dianggap (atau memang) suicidal dan depressed, tapi... inilah seni. aku bukan suicidal dan depressed, aku cuma kagum dengan seni hasil dari kumpulan kepala radio ini.

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...