Saturday, December 25, 2010

miniatur di atas meja makan

seperti replika menara pisa yang cacat architecture blue printnya, seperti itulah cacatnya perancangan aku mahu ke sana. sama-sama tidak sempurna, ini membuatkan impian itu hanyalah satu impian. orang berkata "everyhting starts with a dream". aku rasa benar itu semua. cumanya di antara ayat itu sebenarnya ada banyak faktor-faktor terselindung yang perlu diambil kira dengan serius. usaha dan tekad perlu ada untuk mencapai impian itu. menara terhampir di negara ini - yang juga ada ciri-ciri pisa di itali ialah menara condong di teluk intan. mungkin aku patut ke sana. mungkin aku perlu buang ayat 'mungkin' itu. mungkin ialah ayat di atas pagar. mungkin ya atau mungkin tidak. mungkin boleh atau mungkin tidak boleh. mungkin tercapai atau mungkin tidak tercapai. bagaimanakah rasanya menyusuri kawasan yang aku ingin pergi apabila aku telah berjaya sampai ke sana? mungkin rasanya seperti dapat makan roti naan cheese beserta kuah kuning kentang ala-ala gravy sauce sebanyak 5 pinggan. oh ya, dan juga teh ais yang menyegarkan. dan ianya dinikmati di kedai mamak berhampiran gurney drive, pulau pinang.. sedap. jika itu perasaannya, baik aku pergi melawat menara condong teluk intan dahulu. perasaannya adakah sesedap menara pisa atau lebih lagi? jawapannya ialah "mungkin". jom...

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...