Saturday, December 24, 2011

berita mingguan 11

langit senja di kampung aku sememangnya cantik. bukan aku nak memuji, tapi – home is where your heart is. walau ke mana korang berada di dunia ini, tempat asal tetap akan menjadi tempat yang terbaik dan tercantik.
walau seteruk mana pun tempat asal korang, ia masih tetap tempat korang kembali. the sense of belonging is always there.



bulan kelihatan di balik awan senja. jika menggunakan 70-300mm (yang kini dalam re-habilitasi), pasti jasad penuh bulan akan lebih kelihatan.
test shot utk lens aku yang baru sahaja diservis (18-200mm). aku dapati fungus kini menjadi musuh utama kepada lens2 aku dan utk diservis, ia memakan nilai yang bersamaan menjual kedua2 tangan aku beserta sebahagian dari limpa.
menghala ke KL bersama kawan aku – nong zelan, fotografer yang kreatif dan berbakat. zelan juga merangkap sebagai sifu aku dalam hal2 foto. selain dari zelan, aku juga mempunyai kawan2 fotografer yang sangat2 berbakat – zeri dan zerai. chis..nama2 diorang ni semuanya bermula ‘z’. zimbabwe sungguh! anyways, mereka adalah rakan2 aku yg baik beserta fun to hangout with.
screen shot dari j-drama yang aku follow lately – good luck! (tajuknya). sedikit info ttg j-drama ini : Having achieved his life-long dream of being a pilot, Hajime is first officer on an international jetliner and is now working to become a captain. He can’t seem to please Captain Koda, who has become an exacting taskmaster since an air incident many years ago. To complicate matters, he begins a relationship with stubborn and straight-talking mechanic, Ayumi, whose parents died many years ago in the plane crash for which Captain Koda feels he is responsible. What follows is a story of 21st century love, dreams, and passion.
heroin drama ini ialah si kiut ini – kou shibasaki. muka ada sedikit garang tapi sweet….hmmmm…
oh ya…hero cerita ni ialah takuya kimura – aktor favorit japon aku..hahahha. pada aku dia amat berbakat sbg pelakon.
hitomi kuroki ialah seorang wanita yang sangat cantik pada aku. sudah berumur tetapi kecantikannya masih ada. selain dari hitomi aku juga menggemari ryoko shinohara (juga dah berumur tapi amat cantik!). selain dari cantik, hitomi juga menyanyi dan sangat berbakat berlakon.



did some leisurely shopping at uniqlo klcc. aku suka brand ini. ada diskaun pada masa aku pergi kesana. suka..! 
hari yang terang dan cerah di kl. merenung ke atas seperti sedang merenung dua roket yang sedang bersiap sedia hendak menuju ke langit yang membiru.
alat bantuan utk golongan kurang upaya. ini membuat aku terfikir kita yg dikurniakan jasad sempurna hanya memerlukan sedikit masa utk naik/turun tangga ini (dan juga eskalator juga boleh menjadi pilihan!). manakala utk golongan kurang upaya pula, naik/turun tangga adalah ritual yang lama/membebankan – dari setup, pergerakan mesin naik/turun tangga dan offloading. jadi, yg sempurna jasad ni jangan gunakan hak mereka – parking spot terutamanya!
beware : fotografer sedang beraksi! sudah lama aku tak membuat photowalk. aku perlukan masa utk memulakan aktiviti itu kembali.
had the chance to re-discover kl by joining the foreign tourist on hop-on hop-off kl bus. hehehhe. ada sedikit sahaja org tempatan atas bas ni. tapi aku mahu tengok kl dari sudut lain – dari tingkat dua bas tanpa bumbung. tiket utk org trmpatan ialah RM19 sehari – sila tunjuk mykad ye. pembelian tiket dibuat di atas bas. tiada kaunter pembelian dan boleh naik dari mana2 perhentian (rujuk dalam laman rasmi). naik dan duduk dalam bas. kondukter tiket akan pergi kepada korang utk urusan tiket. laluan bas boleh dirujuk di laman rasmi.
ampang park – antar shopping district yang tertua di kl. masih beroperasi dengan hebat. ramai yg berkunjung merupakan golongan yg berkunjung sejak bertahun2 lepas – dari zaman kehebatan ampang park.
late lunch  di ampang park. restoran ini memang menarik. sangat intimate dan selesa. terdapat booth utk privacy dan meja besar utk makan2 bersama famili.
when we asked the waitress to get the dessert served earlier than the main course, she understood that we were VERY hungry..hahahhha. ais krim goreng ini sedap
makanan sudah tiba! jemput makan ye. suasana yang tenang dan selesa + makanan sedap = ngam!. the place is a good one for having serious conversation – about life, death and death..hahahhaha.. apa2 pun, tempat ini sangat direkomenkan. sangat selesa.
sangat gorgeous! aku adalah peminat kepada baju kebaya dan pemakai kebaya seharusnya kelihatan cantik sebab kebaya ialah pakaian yg sangat cantik. ya.
menggunakan lrt adalah sangat cool..
menunggu lrt juga sangat cool. cuma jika train tidak mengikut jadual ia menjadi tidak cool...
hasil rompakan berbayar @ pembelian di uniqlo – dua t-shirt hitam. satu berunsurkan anime evangelion (aku tak follow tapi aku ada figuresnya) dan satu lagi t-shirt hitam kosong. loved the purchase! terbaik!
meja sindikator @ editor pada kali ini. tiada apa yg berubah. editor sudah kekurangan dana utk pembelian yg lain buat masa ini hehehehehe….

4 comments:

Jantan Putra Bangsa said...

Blog yang sll update mingguan sangat bagus...
Berselucur balik dan follow back ya...

Tebinfea said...

Happy weekend.
Good Saturday.
Teb.

Agus Rahman said...

Photo photonya bagus sekali, inii jelas photographernya sangat profesional

tukang karut said...

JPB - tq utk komen dan feedback..
tebinfea - thank you for visiting \(^o^)/
Agus Rahman - foto2nya biasa saja. anyways, thank you for visiting..

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...