Wednesday, April 27, 2011

cemerpen : dongeng yang ronggeng

Segerombolan koboi menunggang kuda sambil menembak2 pistol ke udara sedang menuju ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang berjalan2 di kawasan hutan. Koboi2 itu berhenti dan bertanya secara kasar dan biadab kepada lelaki itu “hoi! Sapa kau??ni apa punya tempat ni??kat mana kitorang ni??!”. Sambil itu air liurnya bertaburan merata kerana bertanyakan soalan secara terpekik terlolong. “aku merong mahawangsa. Sini kawasan tanah semenanjung di gugusan negara2 asean” jawab merong dengan mimik muka menyampah. “asean?semenanjung?eh..ape punya tak popular la tempat ni?macam miskin je tempat ni”. Merong bingit dengan statement koboi itu seraya membalas ”woi koboi, tempat ni macam2 ada la. Ada lrt, twin tower, padi, kilang semiconductor, petronas, menara condong dan bagai macam lagi. Kau apa tau?” merong macam nak cepuk je koboi2 busuk tu. Bengang sungguh dia. “bos, mamat ni tak kata pun ada minyak kat sini. Tempat ni kita declare tak best la bos. Jom try ke timur tengah. Ada banyak minyak kat sana tu. Boleh kita bikin kacau. Lagipun, sepupu kita ada tanah yang diambik secara haram kat sana. Boleh kita r&r kat sana...” pandai pulak sekor koboi tu berkata2. Panjang jugak dialog dia. Lalu bos koboi yang memakai but pink itu pun blah terus sambil meludah merata2. Mungkin bangga dengan sifat biadabnya. Dan mungkin juga suka bikin kacau dan buat orang sakit hati. “sial punya koboi...bikin havoc je pandai. Anyway, baik aku jalan2 kat sini bagi org tau aku sape. Maybe nanti ada org nak buat movie pasal aku”. Maka merong mencapai hajatnya di tahun 2011 manakala koboi2 itu pula berjaya menakluk negara2 kaya minyak dan sempat juga meraih title ‘mengong’ sempena kebengongan mereka. The end (?).

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...