Monday, June 27, 2011

berita mingguan 5

salam bahagia kepada readers yang tak berapa ramai di blog ini (hahahha..anyway for those who reads my blog, i sincerely thank you all for visiting!). selamat datang ke edisi berita mingguan ke-lima utk kali ini. aku cuba rangkumkan aktiviti mingguan aku yang tak seberapa dalam entry ini. sudah bersedia ka? mari kita mula!


well3x, aku antara yang meminati hasil videografi dari encik mockmoon. mockmoon atau nama sebenarnya yang aku pun tak tau ape gemar mengambil video berunsur time-lapse atau kitaran waktu. dia ni ada juga collaborate dengan danny choo dan vividblaze dalam membikin satu time lapse video memaparkan senibina dan bangunan di sekitar tokyo. di atas ialah tempelan skrin yang diambil dari scene hasil dari video time lapse encik mockmoon - gundam! tau tak ape tu gundam? bukan hati yang gundam gulana, tetapi karakter robot dari siri animasi jepun. this one is one amongst many of mockmoon's best produced videos. sangat cantik!. skala gundam ini ialah 1:1, iaitu bermakna ianya menyerupai saiz sebenar takrifan robot ini. ianya gigantic!



ini bukanlah gambar arnab gergasi, tetapi ia adalah arnab yang kiut yang mana gambarnya diambil dari jarak dekat. kiut ke arnab ni? mungkin ada yang kata tak. tetapi tak mengapa. arnab ini takkan marah pun. utk pengetahuan, arnab ini belaan adik aku. ada dua ekor dalam jagaan terkini. yang ini bernama scarlett johanssen manakala lagi seekor bernama johnny depp (tiada dalam gambar). kedua2 selebriti arnab ini mempunyai approach berbeza dalam fotografi. scarlett lebih santai terhadap kamera, manakala johnny lebih takut kepada serangan paparazi (aku la tu).


dalam berberapa hari lepas, aku beserta dua adik aku menemani bapa aku membuat cermin mata baru di salah sebuah gedung cermin mata yang agak tersohor di malaysia ini. agak lama rupanya masa yang diperlukan kerana salesman itu bersungguh2 menerangkan setiap detail bekenaan rangka spek, lensa spek, jenis2 lensa spek, etc. sementara pemeriksaan mata, aku dan adik2 aku melepak di lounge area sambil tidak membaca majalah2 dalam gambar ni. entahlah. aku prefer majalah yang kelakar ataupun berunsur fotografi. tapi kat kedai cermin mata mana la ada bahan bacaan mcm tu kan? kan? pada aku memakai spek adalah satu kos yang agak tinggi. korang suka pakai spek ke atau contact lens? aku lebih kepada pemakaian spek sebab memakai contact lens bikin aku takut (kes takut nak jolok mata sendiri) ^^,


ni pun masih di tempat yang sama - kedai spek!. kat atas meja kaca tu sampel contact lens utk rujukan pembeli. ada macam2 warna. ada warna merah jugak. aku tak sambut halowin (halloween) dan tak gemar berperanan sebagai hantu mahupun encik dracula. malah aku kecut hati nak guna contact lens. jadi, itu semua bukan preference aku. tak penting la kiranya. dan, disebalik rak sebelah kanan tu pulak ada kawasan utk simulasi lensa kepada pelanggan. hebat. ada simulasi tangga, putt golf, malah dapur jugak! ada simulasi utk memotong sayur. ini utk memastikan lensa itu sesuai digunakan dan tak la nanti ada kes terpotong jari. fulamak... canggih la.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...