Friday, July 22, 2011

bon-odori 2011

apa kabar sekalian? kali terakhir aku update  ialah edisi berita mingguan. agak lama aku menjanjikan ulasan utk pesta bon-odori yang disambut di japon ketika musim summer. bon-odori diadakan setiap tahun tetapi aku tak tau bila mulanya ia dibawa ke malaysia. pesta ini diadakan di shah alam (stadium bersebelahan kilang panasonic berhampiran seksyen 20). selain di shah alam, ia juga diadakan di pulau pinang. bolehlah kita mulakan penerangan gambar2 ni ye. selamat datang...


bon-odori ialah pesta tarian masyarakat japon. ia adalah tarian yang juga disertai oleh org yang berada di sekeliling. di atas pentas ini ada sekumpulan kaum wanita menari mengikut alunan gendang yg mengiringi lagu sempena tarian ini. ada 3 set masa tarian yang mana setiap set ada 3 lagu. tarian bob-odori amat menarik pada aku. lagu2nya plak agak kelakar bunyinya. ada yg macam lagu doraemon jugak..heheheh.


ops! dua wanita memakai yukata sudah dikenalpasti kedudukan dan aku snap terus gambar diorang. yukata pink - kawaii desu... ramai yg berada disitu memakai yukata. yukata selalunya dipakai ketika summer fest. kimono pula ketika upacara2 formal.


pentas penari sudah tersedia. ketika aku ambil gambar ni hujan baru berhenti. langit mula kelihatan dan matahari muncul kembali...



aisu-krimu dan yakitori ada dijual di gerai2 jualan. tapi aku tak beli apa2 pun sebab aku dah makan banyak sebelum sampai ke sini.


orang dah mula ramai berkunjung ke gerai2 makan di situ. macam2 bangsa ada...takde la nak riot pulak. keadaan secara am nya baik, terkawal serta harmoni.


raja sushi pun bukak gerai...


entah apa la kedai ni jual sebab aku tak tahu membaca tulisan tu. tapi kucing dalam kain rentang itu sedang menggamit orang ramai supaya datang membeli makanan di gerai itu...


aku sebenarnya tak tahu kenapa famili ini menjadi tumpuan. mungkin yukata anak perempuan famili ni menarik kot...


cahaya matahari petang + awan = georgeous. org ramai mula berada di padang sambil duduk2 makan makanan (dan pastikan jangan buang sampah merata2!)



another shot with the evening sky bathed by evening sun. aku sangat teruja dengan setting cuaca sebegini. amat indah dunia ciptaan tuhan.


yukata pink menjadi tumpuan lensa (termasuk lensa aku, hehehehehe).


ramai fotografer datang mengambil gambar suasana pesta. abang ni sangat bergaya mengambil gambar. cayalah!


cuaca yang cantik! hiasan yang tergantung ini sangat kena dengan keadaan langit yang berawan. pentas ini sebagai subjek utama sambil berberapa subjek sampingan berada di keliling subjek utama.


inilah dia pentasnya. ada gendang lima ketul.


emak + budak 1 yang sedang berposing + budak 2 yang sedang sibuk mencabut rumput liar. hehehehe. bukan begitu sebenarnya. adik2 ini sangat kiut memakai yukata.


yukata pink dan buih2 berterbangan. sangat mendukacitakan buih2 itu tidak jelas kerana latar belakang cerah.


adik ini memang suka hati bila nampak buih2 ni. berkejar2 dia nak memecahkan buih2 itu. sambil itu adik ni sempat mencopet bunga. bergaya. hahahaha.


adik riang (sambil tangan kirinya masih memegang bunga itu).


kelompok riang + buih. rupa2nya buih2 disekeliling tempat ini berpunca dari pistol buih di bawah kelolaan kelompok ini. bagus jgk diorg bawak pistol buih tu. nampak meriah skt ye tak..?


tema tahun ini - arigatou malaysia!. baru2 ini di suku pertama 2011 japon dilanda gempa bumi besar. malaysia adalah antara negara yg aktif menghulur bantuan.


yukata..yukata..yukata.. pada aku yukata ni cantik. sama cantik dengan kebaya melayu. wanita nampak anggun memakai yukata ataupun kebaya. mmmmm.....


interpretasi: 1) kawasan merokok sebelah kiri, golongan doraemon yg merokok sebelah kanan. 2) kawasan merokok sambil dihiburkan oleh doraemon. 3) sapa yang merokok dia ialah doraemon secara am nya.


paluan gendang bermula pada pukul 7 petang.


langit petang yang sangat cantik.


penari memakai yukata sedang bersiap sedia utk menari. bon-odori ini kali ke-satu aku sertai dan pengalaman menari beramai2 amat menghiburkan dan menarik.


bayang2 gelap penari/pemukul gendang dan atap stadium terhasil dari langit petang yang berwarna keemas2an.


ramai2 menari mengikut tarian yang dilakukan oleh penari2 atas pentas.


tarian dilanjutkan sampai malam. ada 3 sesi dan rehat di antara sesi. pesta ini tamat dalam pkl 945 malam tapi aku tak pasti sangat sebab aku sudah bergerak keluar dari kawasan pesta pada pkl 845 malam.


di antara sesi tarian (rehat) ada pertunjukan tarian dari pelajar2 di kawasan depan stadium di atas kawasan balapan. tarian2 terlibat semuanya ialah tarian tradisional japon.


bon-odori ialah pesta tarian yang juga melibatkan semua yang hadir (sesiapa yang nak turut serta dipersilakan, sesiapa yang tak mahu join pun tak mengapa). pada aku ini amat menarik kerana ia adalah salah satu ciri bersosial antara satu sama lain. selain dari itu hadirin dapat mengalami sendiri satu cabang budaya japon dan mengalami suasana pesta yang selalu diadakan di japon. mungkin sekali hadir sudah cukup bagi aku. sekurang2nya aku sudah mengalami sendiri pesta ini. jika korang mahu mengalami sendiri pesta ini, look out for bon-odori 2012 tahun depan ye. sekian sahaja..

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...