Thursday, August 11, 2011

cemerpen : fesbuk, elarti dan kemuter

dia sudah bosan dengan fesbuk. dia log-in dan baca sepintas lalu - updates, kisah suka orang, kisah duka orang, kisah benci politik, kisah suka politik, hamun sedikit, pujian yang sedikit, sakit orang dia tahu, orang clash dia tahu, orang suka makan apa dia tahu, orang berada di mana dia tahu...dan berjuta sebab perjalanan hidup orang sekeliling dia. dia terjebak dalam kancah ini, cumanya dia tidak update semua yang berlaku. dia kini semakin jauh dari fesbuk. dia melayang dalam wavelength dia sendiri. dia menjauhi laman itu yang merupakan siaran ulangan bagi dirinya. namun, dia tidak memarahi dan menyalahkan sesiapa. itu hak setiap manusia. bersuara dan mendengar serta membaca. jadi dia mengambil langkah yang lebih cepat - pergi meninggalkan benda ini. berlamunan rupanya dia di dalam elarti yang sesak dengan orang lain. dia berlamunan tentang penarikan dirinya dari fesbuk sambil berdiri terhuyung-hayang mengikut gerak elarti itu. bila fokus matanya kembali ke alam dunia, sepasang mata seorang perempuan merenung tepat kepadanya. perempuan itu berusaha menutup dadanya kerana bajunya agak seksi. baju ketat dan mendedah banyak bahagian dadanya. dia pula tersentak kenapa perempuan itu merenungnya dengan wajah jijik - rupa2nya mata dia tidak berganjak dari kawasan dada perempuan itu semasa dia sedang syok mengelamun. "aisehmen...macamana aku boleh kantoi ni? bukannya aku nampak apa2 pun" berdialog dia dgn dirinya sendiri. mujur elarti sudah sampai stesen utk dia turun. dengan lajunya dia meluru keluar. segan dan malu. namun dia terus dirundung rasa susah kerana perjalanan dia masih belum tamat. selepas bahana elarti, dia perlu menabahkan diri menaiki kemuter yang selalu sukses dengan perkhidmatan yang longlai. mungkin dia perlu mengelamun lagi sekali ttg fesbuk utk dia disconnect deria dia dari mengalami keresahan dan kemurungan dengan perkhidmatan kemuter yang bakal dinaikinya.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...