Tuesday, December 7, 2010

tiada kesan tapak kaki di atas salji

apakah salji yang turun pada malam ini menjadi pengiring kesedihan dirinya? kesedihan bagaikan gelombang yang invinsible tetapi kuat dirasakan olehnya. bergenang kelopak matanya dengan deraian air mata. kalau dibiar bergenang akan bertukar menjadi iceberg di celahan kornea dan retina. persentankan itu semua. dia persetankan segala setan dalam dirinya. hasutan kesedihan yang melontar perasaan ke dalam abyss yang maha dalam. jurang gelap yang tidak mampu diteroka oleh zahir manusia yang fana. cuma mampu diteroka dengan perasaan yang selalu membuai-buai dan bermain-main pada skala yang extreme. hanya pada virtual sahaja kesedihan dia dapat mencapai. melankolik dan kemurungan di setiap langkahnya meredah suhu beku dan salji yang memutih dalam gelap malam. direnungnya kedepan. hanya gelap diganti oleh deraian salji yang turun. penglihatannya kadangkala blur oleh kerana genangan air mata yang menakung sebelum terburai. dunia senyap. hanya bunyi angin membawa salji, nafasnya, dan bingit hatinya kedengaran. segala bunyi-bunyian lain sudah dia filter dari menerobos telinganya. langkah masih berterusan dan dinding kesedihan masih utuh mengelilinginya. langkahnya berterusan sehinggalah ke bilangan salji rawak yang ke-183,867 menyentuh rambutnya di mana ketika salji terakhir mencecahnya dia sudahpun berada diambang maut ketika sebuah lori datang menghala ke arahnya. memori terakhirnya ialah ketika salji terakhir menyentuh rambutnya. dan salji itu masih pun belum cair.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...