Thursday, December 9, 2010

lorong kosong yang memesongkan segala manusia

john taksub dengan teori ciptaan moyangnya. teori yang amat dibanggakan olehnya. tapi entah macamana dengan pendapat orang lain. charles darwin moyangnya yang berfikiran primate. yang amat terpesona dengan beruk dan monyet lantas tanpa segan silu mencanangkan dia juga adalah berasal dari jenis yang sama. teori moronic ini memakan otak dan akal manusia seluruh dunia yang bertuhankan sains. maha kasihan mereka ini. ibarat mahu makan tahi sebagai makanan dan mengeluarkan makanan sebagai najis hasil dari proses pencernaan. terbalik dan amat tidak difahami. bukankah manusia ciptaan yang lebih baik dari beruk? kenapa unsur persamaan dikaitkan secara menyeluruh. jika ada kaitan sebanyak dua puluh peratus pun dengan manusia, ia masih tidak menyamakan manusia datang dari beruk. john sedang berfikir di makmalnya. dia mahu membuat satu yang sama dengan moyangnya. dia mahu berevolusi dan mencari jawapan kepada soalan yang tidak pernah wujud pun. namun dia amat percaya dengan teori ini. dia memerhatikan beruk yang sedang memerhatinya kembali. wah.. sama sungguh beruk ini dengan aku. itu kata hatinya. entah beruk itu bangga atau tidak dengan kenyataan john itu. beruk itu bolayan sahaja. jika teori evolusi beruk ke manusia memakan ribuan tahun, maka dalam ratusan tahun lagi, cicit john akan kembali jadi beruk. termasuklah dengan semua pengikut teori ini yang beria-ia sangat hendak memperkeluargakan beruk. john gembira memikirkan itu. kasihan john. dan super kasihan charles darwin kerana membuat dongeng ini. tidak pula dikatakan kenapa beruk yang ada sekarang ini tidak bertukar menjadi manusia? kenapa setelah super duper moyang charles, yakni beruk yang pertama bertukar menjadi manusia, beruk-beruk yang lain tidak menjadi manusia? adakah beruk yang terpilih sahaja menjadi manusia? beruk yang eksklusif, beruk tahap matrix? kenapa beruk sudah tidak mahu jadi manusia? mungkin beruk pun memandang rendah pada manusia. nah.. inilah penangan teori bengong ini. john masih merenung beruk dihadapannya. nasib baik beruk itu tidak mengambil kunci kereta ferrarinya dan meronda ke sekitar new york city, berhenti di starbucks dan melepak sambil wifi dan menghirup mocha latte. semua itu pula dibelanjakan dengan menggunakan duit john. tapi, apa john kisah. beruk itu bukankah sepupu jauhnya. biarkanlah mereka. jahanam.

2 comments:

F_H said...

haha.. walaupn berpinar mate aku nak cari barisan ayat.. but nice entri der..

tukang karut said...

hahahhaaa..kene berusaha sikit nak baca blog entri aku ni..kiranya kau berjaya baca ni kejayaan besar bagi aku..tahniah! :)

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...