Sunday, December 12, 2010

yang lain menangis yang satu ini pula ketawa

apabila dua negara mengisytiharkan perang, yang satu ini mula menilik masa depan yang berupakan keuntungan, kekuasaan, penjajahan, penghambaan dan perluasan rejim diablo mereka. perancangan ini bukanlah last minute atau unplanned. semuanya telah dikoordinasi dengan baik. ibarat 'light...camera ready...action..!'. tuan direktor yang satu ini selayaknya pemenang all time best director. tiada nominasi lain yang mampu menandingi. tiada apa di dunia ini yang mampu. dunia sememangnya sudah jatuh menyembah kaki yang satu ini. tetapi ada satu kuasa yang yang mutlak mampu menandingi. itu sesuatu yang pasti. sesuatu yang benar. namun dalam konteks duniawi, yang satu ini maharaja terbilang. berpaksikan badan yang besar dan tegap seberat 210 kilogram dan otak yang intelligent merencana segenap perkara yang hanya seberat 1.89 kilogram, yang satu ini mencengkam segala keduniaan yang ingin dimiliki. percayalah dua negara K, kamu telah memasuki fasa penggambaran yang diarah oleh yang satu ini. sudah kaya, bertambah kayalah yang satu ini. sudah berkuasa, bertambah berkuasalah yang satu ini. banyak mangsa lain yang kini boleh dan layak diibaratkan seperti 'studio jalan hampas'. ibarat habis madu sepah dibuang. ibarat hampas. hampeh jika mahu berkata dialek ala2 moden anak muda kini. hampas2 ini dijanjikan perjanjian damai yang juga sebenarnya adalah skrip2 yang diambil dari tong sampah. semua ini skrip reject!!. skrip yang tidak membawa kebaikan dan keuntungan. untungnya hanya kepada yang satu ini sahaja. dominasi total tidak akan dicapai jika dongeng 'semua negara di dunia mempunyai hak kuasa dan kekayaan yang dalam lingkungan jurisdiction dan kedaulatan sendiri' dipraktikkan. yang satu ini mencari jalan untuk mengaitkan segala hal dunia dengannya. dijemput atau tidak, dengan tiada malu yang satu ini menjual dongeng khayalan 'keamanan dunia dan freedom'. bercakap belandas nafsu sendiri dan tiada yang lain betul melainkan yang satu ini. yang satu ini mahu melantik dirinya tuhan. yang satu ini dahagakan kuasa melangkaui planet pluto. yang satu ini kehausan kekayaan melangkaui emas platinum minyak berlian pada skala 666 biji matahari. yang satu ini amat bernafsu membunuh segala manusia. yang satu ini bercita2 lebih jahat dari iblis. yang satu ini sedang ketawa. yang lain sedang menangis.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...