Thursday, January 13, 2011

dalam hatinya ada taman dan bulan yang mengambang

declan keluar dari chalet ke bahagian beranda untuk menghirup udara malam. dia merenung kejauhan dalam samar-samar malam, ada cahaya menari-nari di tengah lautan. cahaya dari perahu nelayan. angin bertiup lembut dan terasa amat menyenangkan. declan memusingkan badannya ke arah chalet. dari tingkap chalet itu, langsir bergerak lemah dialun oleh angin malam. dari tingkap itu juga declan terlihat kelibat anna yang sedang mencarinya. setibanya anna di muka pintu, declan menyambutnya dengan senyuman. lalu anna menghampiri declan dan bertanyakan apa difikirannya. declan cuba berpuitis dan cuba memenangi hati anna buat kesekian kalinya pada malam itu. anna ketawa kecil melihatkan kesungguhan declan menjiwai mode romantis. pada satu masa anna menyuruh declan berhenti bercakap. anna berkata "mahukah awak meluangkan masa untuk saya?". declan menjadi majnun mengangguk bersahaja. anna mengangguk kecil sambil berpaling ke arah lain. dari kejauhan satu keramaian penduduk sedang berlansung. cahaya lampu amat meriah, suasana dipenuhi bualan dan ketawa serta bunyian keriangan. kanak-kanak dengan keadaan typical berlari berkejaran satu sama lain. riang mereka ketawa walau lawaknya tidak seberapa. mungkin itulah jiwa keriangan yang sebenarnya. keriangan kanak-kanak. anna berpaling kembali merenung declan yang matanya masih sedang memerhati keramaian itu. anna kemudiannya terus sahaja berkata,"mari kita cari bangku sandar pantai dan berbaring diatasnya sambil merenung bulan. sangat corny, tapi saya suka". declan ialah majnun pada malam itu, laila nya ialah puteri anna yang didamba. tiada satu pun arahan, selain dari yang merbahaya, akan dia sangkal. kanak-kanak masih berlarian berkejaran. keramaian masih berjalan. cahaya lampunya terang melawan malap cahaya bulan di langit cerah.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...