anna kesejukan dan mahu menutup suis kipas namun ditegah oleh declan. declan tidak melayan rayuan anna untuk menutup suis kipas itu dan membiarkan kipas itu berpusing pada kelajuan tiga. anna semakin kurang senang dengan kesejukan itu lalu mengeluh kecil. declan hanya membisu tetapi merenung anna pada ekor matanya. anna merajuk dalam dian. televisyen memecahkan kesunyian antara mereka berdua. declan terasa seperti bersalah. apakah toleransinya kepada anna sudah tiada? tidak mungkin. declan menyayangi anna. ini perkara kecil. panas atau sejuk biarlah bersama. declan lantas bangun dari sofa sambil tangannya mengusap pipi anna dan berkata "saya minta maaf, saya akan tutup kipas ini. awak jangan marah ya...". pipi anna kemerahan dari sentuhan tangan declan. anna mengukir senyuman. lantas suis kipas ditutup dan mereka kembali duduk di sofa. televisyen pula sedang mengalami masalah menerima siaran astro kerana awan sudah berkumpul di langit tanda hujan akan turun.
0 comments:
Post a Comment