Wednesday, August 31, 2011

editorial : raya +2

satu hari lagi yang memenatkan. jalanraya jem dan manusia masih ramai merata2. sakit perut masih belum 100% sembuh tetapi aku masih melantak makanan seperti esok tiada lagi. namun, aku masih gusar. hari semakin menghampiri penghujung cuti aku. aku tidak tahu jika aku bersedia utk menghadapi hari kerja yang akan datang ini. sebaik saja raya pertama, persoalan ini menghantui aku. jika aku boleh hentikan masa, sudah semestinya hidup aku tak akan menjadi sempurna - malah mungkin jadi kucar kacir. jika aku boleh memperlahankan masa, aku gusar aku akan menjadi terlampau bosan. beginilah hidup. hidup bererti merintangi halangan dan cubaan. itu aku selalu ingatkan pada diri sendiri. tetapi menghadapi kepayahan itu bukanlah satu dari ciri yang diri aku mudah terima. secondly, aku ada banyak benda dalam minda aku utk aku tulis tadi. aku ingatkan aku boleh kekalkan segala yang aku ingat supaya aku boleh menulis pada malamnya. terbukti, aku mempunyai daya ingatan yg lemah dan aku mudah melupakan fakta2 yang aku cuba ingati. jadi hasilnya ialah penulisan crap spt entry ini. maaf kerana mengganggu.

Tuesday, August 30, 2011

editorial : raya +1

semenjak kebelakangan ini, edisi editorial aku kerap terpapar bukan kerana aku ada banyak idea. ini adalah kerana raya selalunya ialah masa aku banyak berehat terutamanya disebelah malam. pada sebelah pagi dan petang tiada masa berehat. tambahan pula kali ini aku dilanda diarrhea (kalau guna bahasa melayu alangkah buruk bunyinya) yang memaksa aku berkain pelikat selesai solat sunat aidilfitri. pada hari ini aku telah lakukan yang terbaik - selamba bongok absorb segala benda. org kutuk aku terima, org puji aku terima, org riak aku diam saja, org mengata aku diam tapi mencelah kadangkala (menambahkan kutukan itu supaya yg mengutuk itu tak perlu penat mengeluarkan idea utk mengutuk aku). masih tiada kemeriahan pada aku. hari ini adalah hari biasa aku. countdown aku telah bermula semenjak bangun pagi tadi - baki hari cuti aku sebelum segala panah petir guruh taufan dan gempa berlaku kepada aku (hari mula bekerja). kali terakhir aku tinggalkan pejabat, aku menahan segunung kerja aku dengan menggunakan sekeping kayu nipis yang ditahan oleh berberapa ranting kecil. sebaik sahaja hari kerja aku bermula, segunung itu akan menimbusi aku. ini telah menerangkan simptom kegemuruhan dan kerisauan yang aku alami semenjak bangun pagi tadi. aku berasa gemuruh... dan juga sakit perut...

Monday, August 29, 2011

editorial : raya

sambil mendengar lagu raya (nita OIAM..hehehhe) aku menaip entry ini. malam ini malam raya. tapi aku rasa macam tak meriah lansung. keliling kampung dah bising dgn bunyi2 mercun. ini beza malaysia dengan negara islam yang lain. terutamanya yang tertindas dengan kuasa barat - mereka berdentum dengan mortar, bom, mesingan. anyway, i have lost the appetite to play the festive fire-crackers. aku sudah burnt-out gamaknya. raya esok adalah hari2 biasa pada aku. memang benar ada solat sunat dan ziarah-menziarahi. namun nak berziarah hari lain pun boleh buat ye tak? entahlah. bukannya aku against apa2 pun. memang aidilfitri ialah utk umat2 bergembira dan meraikan kejayaan berpuasa, namun kadangkala elemen2 sumbangan dari manusia mencemar nilai sebenar raya itu sendiri. ini adalah nilai2 yang aidilfitri tidak anjurkan tetapi diada2kan dan dipergiatkan oleh manusia sendiri. mungkin aku ada contribute sedikit sebanyak kecacatan kepada nilai aidilfitri namun yang lain2 juga seharusnya menyedari hakikat ini. ok lah..mungkin benar juga isu2 aku ini timbul dari perasaan aku sendiri, jadi macam biasa, aku akan hadapi esok dan seterusnya dengan normal. cerita lainnya, ada seorang kawan aku menulis blog khas sempena ramadhan kali ini. ianya entry harian ramadhan. ibarat 'diari ramadhan rafiq' (betul ke tajuk ni?) iaitu drama bulan puasa yang ditayangkan tahun2 lepas yang mana rozita che wan jadi mak sedara si rafiq tu. aku teringin nak menulis setiap hari. namun aku bukannya ada kudrat berbuat begitu. tak semua hari2 aku ada benda yang menarik berlaku. idea2 pula bukan senang nak dicari. kalau sudah ada pun, idea2 itu memerlukan penjanaan dan pengembangan yang memakan sedikit kudrat minda. seharusnya aku perlu berhenti di takat ini kerana aku sudah tak tau utk menulis apa lagi. akhir kata : selamat hari raya.

Sunday, August 28, 2011

editorial : terawih terakhir 1432h

namun, aku tidak mahu ianya yang terakhir utk seumur hidup aku. hari ke-28 yang merupakan malam ke-29 ramadhan. ia juga adalah terawih yang terakhir. mengikut kiraan hari ia adalah yang terakhir. cuaca mendung di tengahari dengan angin yang bertiup menjadikan hari ke-28 sejuk lain dari biasa. menjelang petang angin sejuk bertiup dengan tenangnya. lain sekali aku rasakan. aku berehat dan terlena setelah solat. bangun ketika jam 1800 dan bersiap mandi awal utk berbuka, berjemaah maghrib dan berterawih di masjid bersama bapa, abang2 dan adik aku. semasa bertolak ke masjid, cuaca bertambah sejuk kerana hujan turun. hujan tidak lebat tetapi cukup utk membasahkan jalanraya dan membina banyak lopak air di sekitar permukaan jalanraya. sampai di masjid orang masih tidak ramai. hujan masih renyai. aku, bapaku, abang2 aku dan adik aku memasuki ruang solat. angin sejuk melalui celah2 ruang kosong antara pintu masjid. ruang besar dewan solat memberi persona kedamaian dan ketenangan. azan dilaung. muazzin bersuara merdu memanggil jemaah. selesai azan, semakin ramai memenuhi ruang solat. imam takbir solat isya'. bacaan merdu ayat2 suci yang merdu memenuhi ruang. aku bersolat di sebelah bapa aku. dari permulaan hingga ke akhir terawih berada di sebelahnya. imam terisak2 membaca ayat semasa rakaat ke-8 terawih. kesedihan yang mungkin terpancar apabila mengetahui ramadhan akan berakhir dalam berberapa hari lagi - dan smestinya mengetahui terawih akan berakhir selesai witir. makmum lain juga mungkin berkongsi kesedihan dengan imam. suasana sejuk itu seperti memperlahankan masa. bacaan imam menjadi perlahan dan tersangkut2. kesedihan. kesedihan. kesedihan. witir dihabiskan maka berakhirlah terawih. esoknya takbir akan dilaung sebaik solat maghrib disempurnakan. namun, malam ke-29 itu aku berterawih dengan tenang dan lebih manis lagi, aku bersembahyang di sebelah bapa aku. terawih terakhir 1432 hijrah. semoga aku dan keluarga aku dapat bertemu ramadhan dan terawih di 1433 hijrah. salam ramadhan. salam lebaran.

Thursday, August 25, 2011

cemerpen : aiped dan cerita basi

dia sedang memerhati dari kejauhan. ya, dua jalur cahaya yang menegak ke langit ialah satu kisah dongeng dan fitnah terbesar dunia. dalam dongeng cereka maya itu, dia terlibat sama. dia disuruh utk mengolah cerita dongeng tentang menara yang wajib dikenang saban tahun. cerita itu perlu menjadi top story pada setiap setiap september. dia perlu meraih dan menagih simpati dunia kepada kemusnahan materialistik itu. dia mengeluh. dia mengeluh tetapi masih memerhati dua jalur cahaya itu dari balkoni rumahnya. dia berpusing merenung rumah duplex condo yg didiaminya. terletak di kawasan super swanky metropolitan. mana mampu dia membeli jika tidak karya dongengnya terjual setiap tahun. dia terus mencapai aipednya. sekeping teknologi moden yang kadangkala dia gunakan utk menaip idea2 yang didapati secara mengejut. ianya ringan dan mudah. malam itu dia mempunyai berberapa idea. dia terus menaip berberapa idea ke dalam aiped itu.kemudian dia berhenti sejenak dan pergi menuju ke peti sejuk saiz industri sambil aiped masih di tangan. tangan kanan membuka pintu peti ais dan mencapai sebotol air soda. idea datang lagi - mengejut. laju tangannya meletak kembali tin soda dan sambil pintu peti ais yang terbuka dia menaip - wake me up when september ends. dia terfikir dan termenung sejenak. itu bait lagu dari sebuah kugiran. kugiran? band?. dia terasa lesu tiba2, mujur kudrat dia masih ada utk mengusung aiped yang ringan itu merata. dia mencari kerusi empuk dan terus duduk. pintu peti ais masih terbuka dan nafsu meminum soda terus dilupakan. dia merasa amat penat. minda dia sudah penat. cerita itu sangat basi. sudah tiada makna. namun dia dipaksa menulis tiap kali. dia rasa miserable. tangannya sudah terkulai di sisi kerusi empuk. aiped yang ringan itu pun jatuh ke lantai. pintu peti ais masih terbuka. dia penat dan terus lelap. dia mahu lupakan cerita basi ini. "tolong gerakkan aku bila september habis" hatinya berdesir. dia amat berharap dia tidak perlu menulis dan mengingatkan dunia cerita basi bulan september. tolonglah dunia. lupakan saja kisah picisan ini.

Saturday, August 13, 2011

destinasi : teluk senangin

helo semua. kali ini aku nak bawa korang ke salah satu destinasi yang aku pergi baru2 ni - teluk senangin, perak. aku berada di sini bercuti bersama famili. kami di sana selama dua hari sebelum puasa bermula pada hari isnin satu ramadhan. mari aku ceritakan serba sedikit. tapi gambar2 yg aku include ni semuanya ditangkap pada senja. aku mmg suka mood gambar silhouette yang mana subjek itu berada dalam keadaan gelap dan latarbelakang pula cerah. langit petang sangat cantik. suasana langit sangat gorgeous, bak kata org kampung ^_^


Thursday, August 11, 2011

cemerpen : fesbuk, elarti dan kemuter

dia sudah bosan dengan fesbuk. dia log-in dan baca sepintas lalu - updates, kisah suka orang, kisah duka orang, kisah benci politik, kisah suka politik, hamun sedikit, pujian yang sedikit, sakit orang dia tahu, orang clash dia tahu, orang suka makan apa dia tahu, orang berada di mana dia tahu...dan berjuta sebab perjalanan hidup orang sekeliling dia. dia terjebak dalam kancah ini, cumanya dia tidak update semua yang berlaku. dia kini semakin jauh dari fesbuk. dia melayang dalam wavelength dia sendiri. dia menjauhi laman itu yang merupakan siaran ulangan bagi dirinya. namun, dia tidak memarahi dan menyalahkan sesiapa. itu hak setiap manusia. bersuara dan mendengar serta membaca. jadi dia mengambil langkah yang lebih cepat - pergi meninggalkan benda ini. berlamunan rupanya dia di dalam elarti yang sesak dengan orang lain. dia berlamunan tentang penarikan dirinya dari fesbuk sambil berdiri terhuyung-hayang mengikut gerak elarti itu. bila fokus matanya kembali ke alam dunia, sepasang mata seorang perempuan merenung tepat kepadanya. perempuan itu berusaha menutup dadanya kerana bajunya agak seksi. baju ketat dan mendedah banyak bahagian dadanya. dia pula tersentak kenapa perempuan itu merenungnya dengan wajah jijik - rupa2nya mata dia tidak berganjak dari kawasan dada perempuan itu semasa dia sedang syok mengelamun. "aisehmen...macamana aku boleh kantoi ni? bukannya aku nampak apa2 pun" berdialog dia dgn dirinya sendiri. mujur elarti sudah sampai stesen utk dia turun. dengan lajunya dia meluru keluar. segan dan malu. namun dia terus dirundung rasa susah kerana perjalanan dia masih belum tamat. selepas bahana elarti, dia perlu menabahkan diri menaiki kemuter yang selalu sukses dengan perkhidmatan yang longlai. mungkin dia perlu mengelamun lagi sekali ttg fesbuk utk dia disconnect deria dia dari mengalami keresahan dan kemurungan dengan perkhidmatan kemuter yang bakal dinaikinya.

Tuesday, August 9, 2011

chelsea vs malaysia xi : 2011

aku ada janjikan utk menulis artikel ttg perlawanan antara kelab inggeris chelsea (kelab favorite aku) dgn kesebelasan malaysia tempohari. meakan masa yang agak lama utk aku update artikel ini kerana kemalasan melanda. sekarang pun bulan ramadhan yang mana aku tidur awal utk membolehkan aku bangun bersahur dan terus bergerak ke ofis selepas solat subuh. selamat berpuasa kepada para readers aku yang ramai (ramai = 1 orang, heheheh). mari kita mulakan ceritera kali ini...


cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...