Wednesday, August 31, 2011
editorial : raya +2
satu hari lagi yang memenatkan. jalanraya jem dan manusia masih ramai merata2. sakit perut masih belum 100% sembuh tetapi aku masih melantak makanan seperti esok tiada lagi. namun, aku masih gusar. hari semakin menghampiri penghujung cuti aku. aku tidak tahu jika aku bersedia utk menghadapi hari kerja yang akan datang ini. sebaik saja raya pertama, persoalan ini menghantui aku. jika aku boleh hentikan masa, sudah semestinya hidup aku tak akan menjadi sempurna - malah mungkin jadi kucar kacir. jika aku boleh memperlahankan masa, aku gusar aku akan menjadi terlampau bosan. beginilah hidup. hidup bererti merintangi halangan dan cubaan. itu aku selalu ingatkan pada diri sendiri. tetapi menghadapi kepayahan itu bukanlah satu dari ciri yang diri aku mudah terima. secondly, aku ada banyak benda dalam minda aku utk aku tulis tadi. aku ingatkan aku boleh kekalkan segala yang aku ingat supaya aku boleh menulis pada malamnya. terbukti, aku mempunyai daya ingatan yg lemah dan aku mudah melupakan fakta2 yang aku cuba ingati. jadi hasilnya ialah penulisan crap spt entry ini. maaf kerana mengganggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment