waduh... sudah sekian lama aku tidak update berita mingguan aku. mau hampir sebulan agaknya. tetapi, sememangnya tiada banyak yang berlaku dalam life aku baru2 ini, jadi memadailah dengan update kali ini. walaupun entry ini kadangkala memakan masa sebulan (dan selalunya begitu hehehe..), namun aku akan tetap menggunakan nama 'berita mingguan' sebagai tajuk. baiklah, bulan puasa dan raya telah berlalu. pada aku waktu ramadhan ialah yang terbaik. aku dapat rasakan perbezaan ramadhan dan syawal - aku ada mention dalam edisi editorial aku. namun, spt biasa... aku akan terus menghadapi hari2 aku biarpun ianya syawal, zulkaedah dan zulhijjah. let's start our journey...
aku mulakan dengan gambar percikan bunga api sewaktu malam raya di kawasan rumah aku. aku suka bunga api jenis begini. di japon, terdapat perayaan yg khas utk pesta bunga api. mereka akan beramai2 menonton persembahan bunga api beramai2. di malaysia pun ada festival bunga api yang pernah dibuat di putrajaya tahun2 lepas. tapi aku tak berpeluang nak menonton. aku akan pastikan aku dapat pergi dalam masa hadapan.
kereta member aku ketika kitorang nak pergi ke sesi foto bersama ted adnan. sesi dibuat di satu tempat yang dinamakan 'lepak corner'. sesi ini percuma dan agak informatif buat aku yang agak buta tentang seni foto. cuaca agak panas ketika itu walaupun terdapat banyak awan.
inilah jadinya kalau tak menggunakan smart tag...ish3x....
selalunya aku akan ambil gambar tiang tempat parking kereta dgn kamera handphone, tetapi kali ini aku gunakan dslr aku plak - supaya aku boleh isikan dalam kolum berita mingguan. hehehehehe....
some of the legends kat skuad chelsea. ini terpampang di luar butik adidas. dari kiri - encik drogba, encik lampard, encik terry dan encik torres (yang akhir tu aku tak berapa pasti betul ke tak torres..aduhai..apa la...)
sekarang aku perkenalkan - encik ted adnan. dia ni amat kelakar dan akan mem'bahan'kan orang dengan selambe. tapi, dia mmg jenis macam tu. dia amat berpengetahuan dalam bidang foto. pada aku, info yg dia sampaikan hari itu amat berguna. tema foto hari itu ialah 'fotografi glamor'. ala2 potret foto glamor dengan penggunaan cahaya yang dramatik.
perkenalkan pulak model pada hari itu - cik eileen. dia ni ada lesung pipit sebelah kiri, jadinya kalau ambik dari sisi kiri muka dia kelihatan cantik. okay, sebenarnya ini bukan hasil yg sepatutnya. sebaiknya, flash diguna utk menghasilkan potret yg dramatik seperti pencahayaan sebelah kiri badan dan muka manakala sebelah kanan gelap sambil background (agak barai background yg diberikan oleh penganjur hari tu, tapi dah free la katakan..heheh) pun jadi gelap. aku tiada flash lagi, so memang aku agak susah nak belajar hari tu.
okay, ini lah hasil terbaik aku (dengan pinjam flash orang, jadinya tak la dapat melaram lama sangat) setelah aku mencuba dalam 10 minit. seeloknya, sebelah sisi model ini kelihatan jelas dengan pantulan cahaya manakala sebelah yang lain gelap dan latarbelakang pun sepatutnya kurang kelihatan/gelap terus. inilah dia glamour photography (agaknye la kot hahahaha...).
kiddies playground... aku rasa kalau diberi pilihan aku kan naik yang bentuk macam kapal angkasa tu...hahahaha..
deco sempena raya - dua budak main bunga api.
ruang laman utama cineleisure dan the curve.
sepanjang kawasan laluan luar the curve, ada gerai2 menjual macam2 benda. tapi aku tak berminat nak tengok atau beli.
dua penari menari tarian gelek bertemakan arab sambil menari mengikut alunan lagu timur tengah..
non-alcoholic malt drink yang aku tak minum atau order ketika berada di restoran arab ini. gambar ini diambil ketika aku berbuka di restoran makanan arab. korang pernah cuba minuman ni?
melayan siri HERO (semua episod, special episode serta movie) sepanjang ramadhan ketika ada masa terluang. pelakon utama ialah takuya kimura - aktor favorite aku. cerita HERO amat BEST!!!
heroin HERO dilakonkan oleh takako matsu yang kiut. takako dan takuya banyak berganding dalam siri drama japon. antara yang aku tengok ialah LONG VACATION (juga amat best!!). diorang berdua ni amat ngam berlakon. terbaik!.
setelah setahun 3 bulan memakai perfume lama aku, aku membeli yang baru utk menggantikannya kerana telah habis isi wanginya. aku memilih utk balik menggunakan kenzo (yang juga merupakan perfume ke-satu aku beli dan pakai semasa belajar diploma dulu..lamenye...).
berbuka di kampung amat best dan makanan sedap!. kueytiow goreng dan sandwich telur mayonis sebagai pembuka selera.
antara main course ialah kesukaan aku iaitu daging masak kicap. saaaaaaaaaaaaaannggaaaaaattttt sedap!!!!
aktiviti memasang pelita bersama anak2 sedara yang terlampau kiut sehingga kamera aku tak mampu mengambil gambar mereka.
antara pelita2 yang telah melepasi pemeriksaan oleh pegawai2 kecil yang berkelulusan darjah enam ke bawah...
hasil dari prime lens 35mm aku. bunga ini sebahagian dari koleksi bunga2 mak aku.
lagi gambar fireworks yang mewarnai gelap malam hujung ramadhan...
antara favorite picture aku - silhouette mode. anak sedara aku sedang tekun menelaah buku yang berunsurkan princess ala2 disnilen (disneyland)...
langit senja syawal. di setiap penghujung hari di syawal ni mengingatkan aku kepada semakin hampir hari utk aku kembali mula bertugas di ofis. ini bikin aku jadi amat tensi dan gementar serta sedih dan semestinya MALAS...hehehehee...adoi la...harungilah saje ye...
0 comments:
Post a Comment