memenuhi selera makan ialah salah satu agenda aku. selalunya aku malas nak ambik gambar benda2 yang aku makan. walaupun kamera aku ada dengan aku, tapi aku masih kemalasan nak snap gambar2 benda yg aku makan. namun, pada satu ketika yang ini (utk entry ini) aku ambik jugak gambar makanan yg dipesan. selamat datang ke sushi king! aku jarang makan makanan jepun ni. walaupun aku suka lifestyle jepun, tapi bahagian makanan diorang ni mmg aku kurang berkenan. tapi, kadang2 aku cuba jugak la kan. kalau tak cuba tak tahu kan. so, yang pertama tu kodomo benton. aku tgk mcm bekas makanan budak2 sekolah menengah jepun. tapi adunannya sedap juga. ada sayur, udang, ayam, dan ntahapa yg lain. yang kedua tu kari daging. rasanya kurang best. sedap lagi kari masakan melayu especially mak aku hahahhahhaha.
aku boleh katakan salmon sashimi sedap dan tak rasa nak muntah bila makan. benda2 separuh tak mungkin masak mcm ni mmg meloyakan tapi mungkin la yang ni dah ada pra-proses utk hilangkan hanyirnya tu. siap order dua set pulak masa tu. punya la bongkak. nasib baik habis jugak. kicap soya tu sangat berguna sbg penambah perisa ikan. aku cuba serba sedikit wasabi (tompok hijau dalam mangkuk kecil berisi kicap soya) dan aku kurang suka.
aku cuba berlagak cool selepas makan bendalah ni. tapi aku boleh terima makanan jenis ini. aku tak kata aku tak suka langsung. kira perut aku ni agak adventurous jua adanya. kalau ada kesempatan, lain kali boleh la berkunjung lagi ke sini. boleh la cuba menu yang lain. (rambut aku terkeluar skt dari helmet ni, aku cuba menutup 100% tetapi helmet menjadi sangat besar hingga menyebabkan aku kelihatan seperti alien yang mempunyai 15 biji otak dan sebijik tembikai.. gilo...).