setelah sekian lamanya tidak ada sebarang update utk blog ini. aku terasa malas hendak mengemaskini data terbaru. ada banyak benda yang aku nak buat. berbagai benda nak aku buat. terkejar-kejar banyak benda dan itu membuatkan aku penat dan malas. okay, bebel pun bukan best sgt kan? so aku akan update few things that happened during the last months. yep, aku mmg sgt menggilai lensa yg seperti gambar di atas ni - wide angle tokina. aku sepatutnya dah lama beli menatang ni tapi fulus agak tersekat kerana harganya yg amat mahal bagi aku. tapi aku selalu ke kedai2 dan mencuba berberapa snapshots. pada aku gambar ni amat best sebab ruang lensa itu sangat luas. wide lens ni sesuai kalau nak ambik gambar events. mmg ngam. tapi setakat ni aku hanya mampu mencuba lens ni sahaja. nak beli masih kurang mampu. *sigh*.
dah penat frust tak dapat beli wide lens, aku melayan blues aku dengan makan di wendy's. aku jarang jumpa wendy's ni, tiba2 aku ternampak pulak. cuba makan skt dan perut aku pun mengiakan bahawasanya hidangan itu enak. sebenarnya mmg sedap pun. dan mungkin juga sedap sbb aku lapar masa tu. takpelah, sedap atau tak itu tidak penting. yg penting mmg bersungguh2 aku makan masa tu. burgernya pun amat besar saiznya. kentang goreng pun sedap. nyum!
sesudah melayan nafsu makan, pandangan mata aku kembali cerah. hati masih melayan blues terkenangkan wide lens. sambil menahan sebak, aku merenung ke atas dan dengan berbekalkan lens 35mm, aku pun ambik la gambar ni. kira okay la, tapi kalau wide lens lagi lah cantik hasilnya. sambil sedih tu aku pun terfikir la betapa banyaknye level atau tingkat shopping mall ini. sakit tengkuk aku nak mendongak.
lepas tu aku jalan2 lagi. ni ialah penjara pudu yang dah takde penghuni. seram jugak aku tgk bangunan lama ni. tengah2 petang pun bikin aku ketakutan. kalau geng seekers tu nak layan benda ghaib tu, aku rasa sesuai la kat penjara pudu ni... sebab kalau diorang dah takut tahap tinggi, diorang boleh cabut lari terus clubbing atau chilling kat disko dan pub berdekatan (juga dipenuhi hantu tonggang botol arak) hehehe...
aku bukan la sebenarnya nak menghala ke kawasan ni sebenarnya. kira2 satu kilometer jarak dari times square. tak jauh tapi penat jugak lah. aku ada tanya teksi suruh hantar aku ke sini tapi diorang tak nak. dekat sangat kata diorang. next time aku kene bawak skateboard yang aku tak pernah ada dan tak pernah tahu nak menggunakannnya. chiss!. anyways, aku ke sini utk barangan kamera juga. ada antara items yang boleh dibeli di sini. agak bagus harganya. tapi wide lens aku masih tidak dapat nak beli sebab harganya sama dengan jiran2 sebelah kedai kat sini. damn!!
0 comments:
Post a Comment