Thursday, August 25, 2011

cemerpen : aiped dan cerita basi

dia sedang memerhati dari kejauhan. ya, dua jalur cahaya yang menegak ke langit ialah satu kisah dongeng dan fitnah terbesar dunia. dalam dongeng cereka maya itu, dia terlibat sama. dia disuruh utk mengolah cerita dongeng tentang menara yang wajib dikenang saban tahun. cerita itu perlu menjadi top story pada setiap setiap september. dia perlu meraih dan menagih simpati dunia kepada kemusnahan materialistik itu. dia mengeluh. dia mengeluh tetapi masih memerhati dua jalur cahaya itu dari balkoni rumahnya. dia berpusing merenung rumah duplex condo yg didiaminya. terletak di kawasan super swanky metropolitan. mana mampu dia membeli jika tidak karya dongengnya terjual setiap tahun. dia terus mencapai aipednya. sekeping teknologi moden yang kadangkala dia gunakan utk menaip idea2 yang didapati secara mengejut. ianya ringan dan mudah. malam itu dia mempunyai berberapa idea. dia terus menaip berberapa idea ke dalam aiped itu.kemudian dia berhenti sejenak dan pergi menuju ke peti sejuk saiz industri sambil aiped masih di tangan. tangan kanan membuka pintu peti ais dan mencapai sebotol air soda. idea datang lagi - mengejut. laju tangannya meletak kembali tin soda dan sambil pintu peti ais yang terbuka dia menaip - wake me up when september ends. dia terfikir dan termenung sejenak. itu bait lagu dari sebuah kugiran. kugiran? band?. dia terasa lesu tiba2, mujur kudrat dia masih ada utk mengusung aiped yang ringan itu merata. dia mencari kerusi empuk dan terus duduk. pintu peti ais masih terbuka dan nafsu meminum soda terus dilupakan. dia merasa amat penat. minda dia sudah penat. cerita itu sangat basi. sudah tiada makna. namun dia dipaksa menulis tiap kali. dia rasa miserable. tangannya sudah terkulai di sisi kerusi empuk. aiped yang ringan itu pun jatuh ke lantai. pintu peti ais masih terbuka. dia penat dan terus lelap. dia mahu lupakan cerita basi ini. "tolong gerakkan aku bila september habis" hatinya berdesir. dia amat berharap dia tidak perlu menulis dan mengingatkan dunia cerita basi bulan september. tolonglah dunia. lupakan saja kisah picisan ini.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...