Tuesday, August 9, 2011

chelsea vs malaysia xi : 2011

aku ada janjikan utk menulis artikel ttg perlawanan antara kelab inggeris chelsea (kelab favorite aku) dgn kesebelasan malaysia tempohari. meakan masa yang agak lama utk aku update artikel ini kerana kemalasan melanda. sekarang pun bulan ramadhan yang mana aku tidur awal utk membolehkan aku bangun bersahur dan terus bergerak ke ofis selepas solat subuh. selamat berpuasa kepada para readers aku yang ramai (ramai = 1 orang, heheheh). mari kita mulakan ceritera kali ini...


ini ialah permandangan dari seat aku semasa hari perlawanan. terimakasih kepada budi bicara kawan aku yang memberikan tiket ini pada kos RM 0 kepada aku. really appreciate it amigos. terimakasih sekali lagi! (round two). tak pernah aku duduk sebegini hampir di stadium nasional bkt jalil. selalunya di tkt tiga dan yang paling hebat pun tkt dua.


semasa aku menangkap gambar keadaan sekeliling tiba2 brader ni berkata kpd aku "bang, tangkap la gambar kitorang ni..". aku berpusing balik dan kata boleh. rata2 penjual ni boleh buat untung banyak masa perlawanan sebegini. tapi aku tak beli apa2 pun (dalam mode saving/menyimpan duit... hhehehehe).


rambut2 mohawk bermacam2 warna ni pun ramai yang beli. aku masih jugak tak mau beli sebab aku masih ada rambut. mungkin jika aku dah botak nanti baru keinginan memakai fesyen rambut sebegini akan terbit secara sukarela.


haaaaa.. aku berniat nak beli button ni sebab nampak cool pada aku. tapi bila tanya harga terus tak jadi. seketul RM5. mahal pada aku. ehmmm..mahal ke atau aku ni kedekut? entah la. kedekut agaknya  ^_^


konfetti berterbangan semasa di laluan utama ke stadium. sempat ambik gambar ni sebelum konfetti tu jatuh berguguran ke simen...


espn membuat ulasan dan ramai yang nak berdiri belakang wartawan, termasuk aku  ^_^


penyokong bola tempatan yang sedang kepanasan. matahari sangat terik.


langit tiada awan. keadaan sangat panas dan terik. tapi kebiruan langit sangat cantik pada hari itu.


pintu masuk merah dipenuhi orang seawal 5 petang. lautan biru, biru-merah dan kuning -hitam membanjiri kawasan stadium.


aku ada mention pasal harga air minum pada masa hari perlawanan. ini ialah gambar ulangan dari sesi berita mingguan. tapi, aku nak tulis jugak lagi sekali - RM2 sebotol rata2nya. tapi yang ni RM1. kira okay la...


maskot chelsea membuat appearance. pastinya sesiapa yang berada dalam kostum itu berada dalam kepanasan yang maksimum!


john terry - nombor 26 - the captain, the hero and living legend.


didier drogba memberikan lambaian kepada semua peminat.


berberapa ladies yang berada berhampiran dengan tempat duduk aku.


peminat mula memenuhi stadium selepas 730 petang. surau penuh dan ramai menggunakan bendera chelsea/malaysia sebagai sejadah dan solat di ruangan terbuka yang bersih.


deretan pramugari MAS berkebaya manis bergaya di jalan keluar dari kawasan VVIP dan bilik persalinan pemain. hmmmmm....


lampard, malouda, ivanovic, torres, bosingwa, kalou antara yang bermula di separuh masa ke-satu.


gerombolan penyokong sebelah kanan tempat duduk aku.


pertahanan malaysia bermain baik pada malam itu.


mceachrane (tak silap aku itu la ejaan nama dia - malas nak check hehehe) tiba2 mengantuk dan berbaring mengiring menyembah bumi. torres kurang banyak membuat percubaan tetapi ada sederet penyokong wanita duduk belakang seat aku yang sangat menggilai torres akan menjerit histerria setiap kali torres mendapat bola atau jika mukanya terpapar di skrin. aku jadi mangsa kepada kebingitan suara wanita ToT


kelompok jurugambar dan peralatan yang bernilai lima angka. damn!!


the new manager - andreas villas-boas. harap2 dia akan mampu menjadikan chelsea juara eropah 2011/2012 ini.


aku terpaksa pulang awal sebab naik lrt/komuter. dari cerita sebelumnya, lrt/komuter mengalami kesesakan hebat jika keluar selepas tamat perlawanan. pada am nya, perkhidmatan komuter pada malam itu amat sederhana. aku sentiasa dlm ketakutan jika train lambat akan menyebabkan aku terkandas. bila la komuter nak berubah jadi maju dan efisyen?


keadaan luar stadium semasa berjalan ke stesen lrt. ini tabiat semulajadi orang malaysia yg dibawa turun-temurun dan dipraktikkan secara meluas. ada festival ke, pasar tani ke, perhimpunan ke, sure sampah pun berterabur macam ni. mmg betul ada org tukang kutip sampah, tapi cuba la belajar buang setempat sampah2 tu. bukan susah sangat.


aku berani mengkritik org membuang sampah merata2 kerana aku tidak mempraktikkan budaya sampah sebegini. aku akan cari tempat membuang sampah dan membuang sampah di satu tempat. kalau sampah tu boleh disimpan dulu (sebab xde tong sampah), aku bawak dulu sebelum buang di tempat aku jumpa tong sampah. perangai tak elok ni menular sampai ke tahap vandalism dan mengotorkan tandas awam. cuba la berubah.


mula2 kosong. tapi sebab lrt ni pun agak lambat sedikit, org menjadi ramai dalam masa singkat.


bendera chelsea (percuma diberi semasa hari perlawanan) dan juga merangkap sejadah kecemasan aku.


aku letakkan di dinding bilik aku nampak cantik dan kemas. maka sekian lah perjalanan aku ke chelsea tour 2011 di stadium nasional bkt jalil. prediction  aku tahun ni - chelsea juara eropah dan juara liga. yeay! sekian dan babai...

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...