Saturday, July 30, 2011

berita mingguan 8

selamat berjumpa lagi utk edisi berita mingguan yang ke-8. tapi, sebenarnya sesi berita mingguan ini bukannya dari kejadian2 dalam tempoh seminggu dalam hidup aku. ia sebenarnya himpunan dari tempoh yang melebihi dari seminggu. ini kerana tiada banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku dan aku selalunya malas nak upload gambar2 ni - agak lama prosesnya. namun aku cuba juga lampirkan kerana ini juga sebahagian dari diari kehidupan aku yang aku boleh rujuk balik di masa depan. baiklah..mulakan sekarang!


sekian lama aku berhenti mengambil vitamin minyak ikan. aku terasa spt aku perlu kembali mengambil supplement demi menjaga kesihatan aku. konata-chan bertenaga bergambar di sebelah kotak vitamin ini.


tuah manusia.. siapa yang tau. ini ialah tuah aku - kawan aku dgn baik hatinya memberikan tiket ini secara percuma. aku tak perlu balas jasa dia, tak perlu cuci kereta dia, tak perlu bersih rumah dia, tak perlu hantar adik/kakak dia ke salun tiap2 hari/etc. terima kasih banyak2. aku tau chelsea dtg ke malaysia tetapi aku berfikir agak membuang duit kalau beli tiket ini. jadi aku batalkan hasrat membeli walaupun aku ialah fan chelsea. ini tuah aku. thanks! ikhlas dari konata-chan dan mugi-chan ^o^


ketika mengemas aku terjumpa buku ni. yellow pages adalah satu yang klasik pada aku. ini kerana internet telah mengambil alih kaedah pengiklanan di negara ini. namun, sesetengah org masih minat utk menyelak kertas dan membaca - korang macamana? bergantung 100% dgn internet atau sebaliknya?



print screen dari laptop aku ketika cuba mengira kelajuan internet aku. beginilah hasilnya. aku masih kurang faham. tapi kalau korang nak cuba tau, pergilah ke website ni....


melayan kembali k-on! (musim ke-satu) yang disiarkan sekarang. k-on! & k-on!! adalah anime yang aku ikuti kerana ianya menghiburkan dan watak2nya kiut  ^_^


aku suka langit yang membiru dan bebas dari pencemaran dan kualiti udara yang meleset seperti jerebu dan jerebu...dan jerebu...


dalam perjalanan ke stadium utk perlawanan malaysia xi lawan chelsea fc. sungguh ramai org menjual berbagai2 barang. satu yang pasti - barang makan/minum mahal wooooo...!


ulangan : aku suka langit yang membiru! hahahaha. struktur bangunan itu ialah stadium nasional bukit jalil.


rata2 air minum spesis begini dijual dengan harga RM2 pada hari perlawanan. tapi yang ni special skt sebab aku berjaya beli pada harga RM1. hmmm.. sebab petang tu panas sangat ramai yg beli air mahal walaupun tau harga jualan tu sangat mahal sebab dah tak tahan dgn panas petang tu...


kedudukan seat aku pada ketika aku sampai. org pada mulanya tak ramai tapi semakin lama semakin ramai. penuh dan padat juga adanya. panas sungguh malam tu.. anyway, awek jersi 26 john terry tu mukanya keluar tv masa aku tgk ulangan perlawanan pada kemudian harinya. gambar aku = 0.



the captain, hero, legend - john terry, berjalan keliling padang bersama drogba, anelka, mikel dan berberapa yang lain.



crowd di kanan seat aku. ramai yg datang memakai jersi malaysia. walaupun aku peminat chelsea tetapi aku tetap juga sokong malaysia (walaupun kalah dgn singapura baru2 ni). ulasan penuh akan aku buat dalam separate post.



torres menggunakan sentuhan halusnya meleretkan bola melepasi antara dua kali defend negara. aku harap dia akan dapat menjaringkan banyak gol tahun ini dan juga dapat membantu chelsea menang champion's league. anyway, baris belakang aku ada sederet fans torres yang mana akan menjerit dengan histerianya setiap kali torres dapat bola malahan juga tiap kali skrin tayang muka torres/gerakan dia. aku mengalami kecederaan telinga.. adoyai... ^o^


meja aku selepas perlawanan bola chelsea. aku letakkan bendera chelsea di dinding. looks nice bersebelahan poster anime fullmetal alchemist : brotherhood.


roti sandwich dan burger di dalamnya bersama teh tarik. sarapan ketika bersama famili.


deretan kasut2 gebu utk sesiapa yang inginkan kasut gebu utk dipakai dalam rumah. jika dipakai di luar rumah mungkin akan mengundang kritikan senyap dari masyarakat sekeliling. hehehehe...


aku dan famili memilih karpet. aku juga dapat sebarang dua karpet kecil utk bilik aku. nanti aku update  gambar terbaru meja aku.


masjid besi putrajaya, suasana terbuka masjid ini amat tenteram. cumanya aku kurang bersetuju dengan layout antara tandas dan tempat wuduknya. bikin org yang berIQ rendah macam aku konfius. hahahhaa. dan ruang antara zon berkasut dan bebas kasut kadangkala kurang aku perasan. pada aku, sebaiknya zon tidak berkasut hanya terletak di aras bawah sahaja.


masjid besi mempunyai senibina yang cantik. gerbang ini sangat cantik dan kolam di tengah2 menambahkan ciri elegant masjid ini. cuaca jerebu menjadikan gambar ini nampak tak lawa. kalau langit cerah membiru pasti gambar ini cantik.


kawasan tempat letak kereta alamanda putrajaya. aku jarang ke alamanda. bagaimana dengan korang? selalu ke sini?


suasana dalam alamanda.


berjumpa dengan famili kakak aku di sini. kelihatan gambar eksklusif anak sedara aku di dalam premis ini ^_^


menu makanan barat yang disajikan.


samsung galaxy milik kakak aku. aku kurang berminat dengan handphone. pada masa ini aku menggunakan handphone murahan sebagai medium komunikasi.


minuman aku sudah sampai.


makanan aku plak sampai. aku snap gambar ni banyak. tapi semuanya tak dapat sharp focus pada roti ini. aku tak tau la kenapa. berhantu kot... (karut).



driving along MEX highway.


segerombolan donut yang sedap, manis dan menggemukkan ketika berkunjung ke rumah abang aku. aku makan 20% dari jumlah semua hehehehe...


kuala lumpur pada ketika mendung dan berjerebu. cuaca jerebu menyelubungi negara pada masa ini. entah bila masalah cuaca ni akan selesai. i miss the clear blue sky along with the cool-windy days...

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...