Saturday, December 25, 2010

matanya menatap potret pegun



berada di pandangan ketiga adalah view point yang paling aku suka. aku suka memerhati orang lain. mungkin orang lain juga suka memerhatikan yang lain termasuklah aku. di galeri seni ini, berbekalkan tiket masuk RM12 (jika aku tak silap), aku memerhati keadaan sekeliling. deretan potret hasil gambaran imaginasi photographer professional membuatkan aku jua terfikir seperti pengunjung yang datang ke sana. apakah potret ini cuba sampaikan? pada aku ia bermaksud berbagai-bagai. tiada betul tiada salah. emosi dari potret itu jua boleh ditafsir oleh akal kita. tiga jam berada di situ membuatkan aku mahu ke setiap benua mengambil sedikit sisipan dunia utk tatapan semua. jika gambar aku tidak dipamer dengan penuh gaya di galeri seni yang sofistikated, cukup sahaja gambar-gambar aku menghiasi galeri aku sendiri..ya, galeri aku sendiri.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...