Wednesday, January 26, 2011

KLPAC open day - suasana dan sentul park

aku berehat di bawah rimbunan pokok, dan hari pulak baru lepas hujan. orang ramai masuk ke ruang dalam bangunan manakala aku melepak di situ sambil lensa mengambil seberapa banyak perkara yang berlaku. bangku dan meja besi ini nampak elegan berlatarbelakangkan senibina batu bata klasik. seterusnya pokok yang kelihatan sudah berlayar ke alam kematian tetapi masih lagi berdiri di kawasan laman khemah jualan serta persembahan akustik. langit yang biru serta matahari yang cerah menjadikan pokok ini tampak tenang walaupun dah mati. gambar ketiga ni memperlihatkan kawasan sentul park. di sekitar tasik terdapat tembok artistik yang berdiri di pinggir tasik. dua ekor dari empat ekor itik bandar merayau-rayau sekitar tasik. mungkin ada lebih dari empat itik di situ, cumanya empat itu sahaja yang aku nampak. yang lain di KLCC agaknya. enjoying the city life. ^^o
sebelum masuk ke pentas satu aku snap gambar ni. ada dua jalan masuk tapi aku kerap ambik yang kiri ini. dari teori itulah gambar ni aku ambil. di pentas satu banyak band yang berbakat membuat persembahan. aku amat kagum dengan talents yang ada di sekitar lembah kelang ni. genre muzik yang pelbagai tetapi lebih kepada unsur rancak. mereka semua muda-muda belaka. mengagumkan!
sentul park dari pandangan lain. ada buaian di situ dan ramai yang berbuai-buai sambil menyerap atmosfera fiesta di seberang tasik. buaian itu amat popular dan aku tak pernah tengok ianya kosong tanpa manusia berbuai di atasnya. kalau ada kekosongan pasti aku dah naik buaian tu. tapi tak mengapa, aku suka tengok reaksi orang-orang yang berbuai di atas buaian itu. yang dewasa menjemput kembali jiwa keanak-anakannya dan yang kecil - mereka tak perlu fikir apa-apa. buaian ialah unsur enjoyment mereka.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...