Saturday, April 16, 2011

cemerpen : dia tak tahu apa-apa

selalunya idea dia datang mencurah2. mencurah2 macam hujan di luar rumahnya. dia selalu melankolik di hari hujan. semelankolik si haruhi suzumiya. kenapa nak melankolik di waktu hujan?. dia sepatutnya risau kalau2 hujan lebat itu bakal menyebabkan banjir di kawasan rumahnya. longkang di kawasan perumahannya seperti arteri yang dipenuhi lemak. sampah dan bangkai menari bersama2 mencipta kekangan air dari mengalir. dia mendagu di depan laptop buatan china nya. sedikit berbau seperti benda terbakar kerana sudah lama dipasang. mata merenung keluar jendela, telinga mendengar alunan muzik dari band ''kansas' - "debu di dalam angin", fikiran pula blank seperti biasa, jiwanya pula melarikan diri ke daerah lain. dia clueless dan hanya pasrah menunggu kerajinan dirinya datang utk menyelamatkan barang2nya dari ditenggelami air. dan seperti jayanya, idea dia masih tak muncul2. "damn... kaki aku dah basah dah..." tiba2 dia berkata sendirinya.

nota susulan : cemerpen ialah ayat pendek kepada 'cerita merapu pendek'. salah satu edisi terbaru yang baru2 ni aku pikirkan.

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...