Monday, June 20, 2011

biskut japon yang pedas

makanan dari japon ni aku dapati dengan agak mudah bila bekerja di ofis aku sekarang. kadang2 kawan2 yang bawak balik dan kadang2 wakil dari sana bawak datang sini sebagai a little giveaways. ada berbagai2 jenis biskut yang aku dapat dari japon dan salah satunya spt ini. agak pedas kerana ada black pepper antara kandungannya. tetapi, yang sebenarnya menarik perhatian ialah pakejnya. agak menarik pada aku (pada aku la). mugi-chan sudah bersedia dengan pertunjukan bersama biskut ini. bersedia ya!


baiklah! pose ini dibuat semasa mugi-chan sedang tertawa melihat betapa besarnya kuih dari japon ini. warna seperti skirtnya menambahkan lagi unsur cute pada biskut ini. wah, kiut rupanya biskut ni. hehehe. aku suka makan biskut. oreo antara kegemaran aku tetapi aku dah kurangkan makan oreo. sekarang ni aku banyak makan buah2an. yep! lebih sihat dari oreo semestinya dan sedap dan kurang kosnya. bijak..bijak. ^0^


oh.. mugi-chan malu2 bila ditawarkan utk makan biskut ini. besar sangat katanya. tak mungkin dia boleh menghabiskan seorang diri. dia memerlukan bantuan dari seseorang yang kuat makan biskut. seseorang yang suka makan biskut to be precise.


namun, belum sempat mugi-chan nak offer kongsi makan biskut japon itu, dia sudahpun meluru nak makan biskut japon yang berpakej kiut itu. mugi-chan dengan cepat2 cuba mencapai biskut japon yang bersaiz dah nak sama dengan badan dia. apakah yang terjadi berikutnya? oh, aku pun tak tau. yang aku sedar kuih itu sudahpun habis. walaupun pakej biskut itu kiut, tetapi ia dijumpai sudah dikoyak dan dibuang dalam tong sampah tanpa rasa bersalah. sekian sahaja kisah mugi-chan dan biskut japon yang pedas.

1 comments:

misspurple said...

woww ! sdap ke ? huhu btw thnks tau sbb dtg blog nsa..yg buat nsa btmbah tharu 2..tau mna nama nsa ? hoho :)

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...