Sunday, July 17, 2011

berita mingguan 7

adoyai...kali ini berita mingguan ada banyak yang nak diupdate walaupun tak banyak perkara yang berlaku. semua macam biasa2 je. anyway, aku akan letakkan serba sedikit perkara yang agak menyeronokkan utk di letakkan dalam ruangan kali ini. seperti biasa... korang dah bersedia?? moh kita mulakan...


humangaiiii...ni pesta tanglung ka? pesta muda-mudi ka? pesta apakah ini? mmmmm...inilah dia bon-odori 2011 yang aku pergi baru2 ni. ini ialah pesta tarian japon yang disertai oleh bukan saja geng2 japon malahan semua bangsa di malaysia ni pun ada sama menari ramai2. pesta tarian ni dibuat di shah alam. laporan penuh akan aku buat dalam separate post nanti ye. tunggu....



hmmmm...ada kemalangan semasa aku dalam perjalanan ke shah alam. nasib baik pengguna lebuhraya kurang masa tu. aku jarang mengambil gambar kalau ada kemalangan. bahaya dan juga memperlahankan kenderaan di lebuh raya juga boleh menyebabkan kesesakan. kali ni sebab takde banyak kereta, aku ambik gambar ni. tetapi, jika lebuh raya sibuk, aku takkan ambik gambar. korang pun jangan perlahan kereta tengok2 accident pulak ye. bukan best pun tengok accident....


aku menggunakan smart-tag kerana ianya mudah dan cepat (tak la cepat sangat...tapi dari kene beratur nak membayar..lagi penat..kan? kan??).


seksyen 9 shah alam - plaza shah alam, hotel concorde dan masjid shah alam. masa aku kat sini, ada kenduri kawin kat hotel concorde. pengantin dibawa berarak naik kereta klasik dan diescort oleh polis trafik dan berderet2 porsche, ferrari, lamborghini dan nissan (skyline sahaja). selain dari list tu, tak dibenarkan beronggeng dengan pengantin (harap maaf). shah alam ni membawa banyak memori pada aku sebab lama aku duduk sini. tempatnya best, aman dan cantik. tapi cuaca agak mendung masa ni..aku pun risau kalau bon-odori tu nanti dibatalkan sebab hujan...


shah alam lebih cantik kalau hari cerah dan langit membiru. malam pun cantik juga dengan lampu2 menghiasi bangunan2 di pusat bandar ni. di tingkat atas plaza perangsang tu ada pusat karaoke. korang pernah karok di situ?


dulu sini ada bulatan kecik tapi sekarang dah diganti dengan lampu isyarat. tapi aku rasa bulatan kecik tu amat merbahaya. ada berberapa bulatan2 kecik di shah alam dah diganti dengan lampu isyarat - lebih selamat.


masjid shah alam - aku suka reka bentuk masjid ni. aku ada banyak gambar masjid biru ni. mungkin akau akan menulis sesi khas utk masjid ni nanti.



di masjid shah alam ada disediakan wakaf2 sebegini. kelihatan seorang umat sedang menelaah kitab (atau membaca bahan bacaan berunsur agama ataupun membaca al-quran). suasana yang amat nyaman dan tenang.


tsukihi-chan berdiri disebelah pisang berangan yang aku beli (lagi sekali). pisang elok utk badan dan yang ni aku beli dengan harga RM4.00. kira okay la kan...



keyboard dan mouse microsoft ini wireless. aku beli dari adik aku yang mengenali berberapa kawan yang mempunyai kedai komputer. aku gunakan jika aku attach dengan lcd tv aku. kagami-chan sedang nak mem'abu-git' (ala2 ryu street fighter) aku + kamera...aish..!


aku dapat mc 2 hari kerana mata aku kena infection. mugi-chan dan tsukasa-chan berposing dengan krim mata aku.


aku ada 3 lens kamera sekarang - nikon 35mm f1.8, sigma 70-300mm f4-5.6 dan sigma 18-200mm f4-5.6 (yang aku guna nak tangkap gambar ni). tsukasa-chan lebih kecik berbanding dengan 35mm nikon..hahahahaha...


pada satu malam, aku renung atas dan bulan penuh... aku guna 18-200mm utk gambar ni. kalau aku bawak 70-300mm, gambar bulan akan lebih dekat dan besar dalam frame. bulan selalu dikaitkan dalam lagu utk wanita pujaan. bulan cantik di waktu malam kerana sekelilingnya gelap. tetapi neil armstrong tak katakan bini dia cantik macam bulan (setelah dia landing palsu atas bulan dan nampak kawah2 dan rekahan kat permukaan bulan).


gambar ni diambil sebelum aku gerak ke shah alam (bon-odori). wallet, key holder (10tahun+), jam (dibeli dengan bonus ke-satu aku - dah pakai 7 tahun), kunci kereta myvi aku (5tahun+), psp (3tahun+), talipon murahan (2tahun+), bla...bla..bla...dan tsukihi-chan (comel).


aku membuat kerja mengemas rumah (buang benda tak perlu) dan dapati kotak2 figures aku boleh dibuang dan tak perlu disimpan. menyemak je. sebelum buang, aku lipat kotak2 tu dan akan diletakkan di tong kitar semula di pejabat aku. lucky star empat ekor ni datang menyibuk.


ni layout bilik aku. kenapa ada gambar ni? hmmmm... mari kita ikuti cerita di bawah....


pada satu pagi yang cerah. macam ni la baru cuaca yang cantik ye tak? langit tu biru dan ada awan dan yang paling penting..tak jam pon! wahahahahhaa....


macam biasa..aku guna smart tag...


adakah aku nak pegi ikea? adakah ya ataupun tak? mungkin juga aku nak pegi merayau tanpa tujuan...


yaaaa..aku pegi ikea dan beli bendalah besar ni... nasib myvi aku ni ada ruang. aku suka guna myvi. kurang pakai duit nak maintain tapi banyak gunanya...tapi..apa ke bendanya ni?


ok..ok..selamat datang ke project kecil aku. ada kerja mencantumkan benda ni. tsukihi-chan datang membantu. 



mmmm...besi apa ni? amat misterius projek ini...ada dua besi...macam kaki meja je. adakah projek ini mendapat kelulusan dari wallet mamat sorang nih? mesti lepas ni dia akan berpuasa walaupun belum bulan ramadhan lagi...hehehehhehehe.


tadaaaa...ya, meja kaca dan 2 set kaki meja ikea menggantikan meja lama aku. lebih besar dan membolehkan aku menambah satu benda nanti. tapi itu projek lain. lain kali aku update.


dari angle lain. meja kaca ni berat sungguh. tapi tahan dan yang pentingnya ia tak menghalang cahaya lampu dari bawah meja. bilik menjadi lebih terang dan lebih menarik (menarik - pada pendapat aku). mungkin ruang tamu aku akan menjadi sunyi buat sementara waktu ni hehehhehe (kes lepak dalam bilik).

0 comments:

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...