kuala terengganu adalah antara bandar yang popular di pantai timur. pada bulan september lepas, aku bercuti ke sana dalam 2 hari. a short vacation dengan famili.
getting there was an adventure and it took several good hours driving. aku ingatkan selepas lebuhraya pantai timur ada lebuhraya atau jalan dua lorong pesisir pantai menuju ke kuala terengganu. rupa2nya pengetahuan aku amat cetek ttg rangkaian jalanraya dari lebuhraya pantai timur ke kuala terengganu. hahahha.. anyway, sampai jugak ke sana. itu yg penting. baiklah. imej ini ialah masjid kristal yg aku rasa sinonim dgn kuala terengganu. senirekanya unik.
kembali ke permulaan perjalanan, ini ialah ketika berhenti sebentar di tol mula lebuhraya pantai timur (selepas karak). dengan adanya lebuhraya ini perjalanan menjadi sedikit singkat. kira okay la.
aku kurang ingat di mana mesra mall ini terletak. tetapi ianya berhampiran dgn kompleks petroleum petronas. mall ini agak hebat walaupun sekelilingnya kampung dan pekan kecil. mungkin kerana terdapat pekerja petronas dan juga expatriate di kawasan ini menyebabkan pembinaan mall sebegini dibuat. entahlah. mungkin ya atau tidak. namun, aku dapati di sini terdapat beautiful looking ladies yang mungkin juga pekerja petronas mahupun gadis2 cantik setempat.
ketika berada di tengah bandar kuala terengganu. minta maaf kpd semua, aku perlu beritahu tiada banyak gambar bandar kuala terengganu dalam post aku ni ^_^
ada segerombolan geng skuter melalui jalan sehala menuju ke pusat bandar. gambar diambil dari tingkap hotel aku.
membeli buah2an selepas dinner. buah mangga ini ada nama tersendiri – ciku raja dan mas hitam. rasanya sedap…
gerai menjual buah2an dan pelbagai makanan. berjalan2 di waktu malam di kuala terengganu agak menyegarkan.
pantai ini berhampiran dengan kuala terengganu. agak mengejutkan airnya jernih. sampah ada juga tetapi tidak banyak. tabiat org malaysia ini ialah suka membuang sampah merata2. tapi agaknya tak ramai tahu tempat ini maka jumlah sampah pun kurang.
awan dan langit biru adalah backdrop yg terbaik!!
nampak tak air laut ni jernih? nampak tak? nampak tak? kalau tak nampak… maknanya… maknanya… mata dah kurang jelas… hehehhehehehe…
cuba la tengok kaler air laut tu… macam dalam poskad pantai perlancongan weh….
keropok goreng rm2 utk 10 batang. mmg sedap keropok ni. sangat sedap jika dimakan begitu saja. kalau cicah sos, bertambahlah sedapnye.
inilah dia isi dalamnya. humang aiii..lapau perut pulak dah tengok bendalah ni. lapau! lapau!!!
kat sini la tempat aku beli keropok lekor tu. tak ramai sangat. kalau ramai sangat penat menunggu beratur nak bayar.
melawat masjid kristal dan taman tamadun islam. tapi aku tak masuk pun ke taman tamadun islam tu. mungkin lain kali. orang agak ramai dan cuaca amat panas.
langit dan awan yang georgeus… apa pendapat korang dengan tempat ini? best atau tidak? aku rasa macam okay. cuma agak malang aku tak dapat menjelajah ke taman tamadun islam.
pagi di kuala terengganu. gambar diambil dari tingkap hotel menghala ke laut
perjalanan pulang meninggalkan kuala terengganu. kalau jalan dua lorong ni terus sampai ke pahang, maka lebih singkat masa perjalanan.
pekena sata (betul ke ejaan aku?) yg berisi ikan dibalut dengan daun pisang. rasanya sedap sangat. kalau boleh aku nak makan lagi. dan lagi. dan lagi.
berhenti cari kedai makan tengahari. tapi takde yang bukak (ada banyak kedai di belakang pandangan kamera ni, tapi kenapa side sebelah lain + tong sampah pulak yg aku ambik gambar? – misterius). kalau bukak pun takde jual nasi. aiseh..susah jugak. akhirnya, aku dan famili menuju terus ke mesra mall dan makan di sana.
lepas dah makan terus bergerak balik. tapi tu dia… awan gelap dah macam nak ribut. hasilnya perjalanan hujan lebat sampai ke temerloh. maka sekianlah destinasi kali ni. tak banyak gambar yg sepatutnya memberitahu apa yg ada di kuala terengganu. minta maaf banyak2 ye. mungkin kinjungan yg lain akan memberi tinjauan lensa yg lebih menyeluruh. sekian. babai…
0 comments:
Post a Comment