Wednesday, May 25, 2011
minggu yang penat
aku nampak seorang wanita yang cantik. aku mahu bertanya "can i take your picture?" tetapi dia mungkin hanya akan tertawa manis ataupun memukul aku dengan bengis (wah!). cemas dan suka aku. aku makan pagi yang enak2 tetapi di malamnya aku menanggung beban kesakitan perut yang amat kritikal. aku bangun awal pagi dan aku bergerak keluar dari rumah awal (semestinya). aku kurang mengenali erti kesesakan jalan raya. aku banyak terperap di office sambil bertentangan mata (atau skrin) dengan komputer yang menang dalam pertandingan 'siapa kelip mata/skrin dulu dia kalah'. kerja lama aku banyak kena return balik ibarat seperti ketika aku di sekolah dulu. kalau itu disamakan dengan exam, maka aku mungkin layak dapat D (hah!). aku menikmati suhu sejuk separuh hari (penangan aircond office yang super siberia). aku berjaya menukar bateri jam tangan simpanan aku. terbengkalai lama tidak boleh dipakai kerana berberapa kedai yang nampak "bijak" tapi tak mampu tukar bateri jam aku (alasan bodoh!). akhirnya ada kedai "kusam" yang mampu membuat tugasan profesional itu. tahniah! RM7 sahaja!!. kedai terbaik 2011 - anugerah sindiket. layan 2 animation yang terbaik. very intense, emotional and for sure very entertaining. puas hati. (hmmm... bila boleh layan pirates of the carribean?). bersukan dan berpeluh walaupun selama sejam - aku jadi lemau utk keesokan harinya. jumpa dengan bakal studio utk photoshoot! (wow!). kereta dah bersampah dan berkekotoran (kotor amat sangat). first time kerja sabtu utk 2011. first time terpikir (kalau bab terpikir ni mmg banyak kali heheheh) nak keluar dari comfort zone kerja makan gaji utk bikin bisnis (malangnya semua dalam minda je..hahahha. kan aku dah kata...angan2 je tu...). aku berfikir "kenapa lagu2 yang aku dengar semuanya best2 dan sedap2 belaka?" kenape la agaknya. CSI, CSI, CSI! (vegas). beautiful life - aren't people just beautiful? ngam. tiap2 hari baca surat kabar tapi berita selalu tak dapat tengok. minggu yang penat. aku mengharapkan minggu yang lebih santai seperti hikayat dongeng. mana ada minggu yg mudah bagi aku. sedangkan hikayat merong mahawangsa pun kene fight, kene tensen2, kene pikir macam2 dan kene bikin strategi perang. hello, can i take your picture?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment