salam mingguan kepada readers! (macam la ramai yg baca blog aku hahahha..). kerja ialah satu beban pada sesetengah orang, tetapi apa yang ramai tidak tahu ialah menghargai nilai pekerjaan kerana kita (dan aku) kadangkala gagal menilai keadaan sebenarnya - kalau aku rasa aku bagus sangat, maka tak perlu la aku kerja dgn orang lain kan? kalau aku malas nak kerja dgn orang, buat la business sendiri kan? kalau aku tak suka office ni, aku apply tempat lain kan? (tapi ini masih tak menjamin kepuasan hati aku) kalau aku bagus sangat dulu kenapa aku sanggup interview dan berkata2 manis? hehehe... aku sebagai manusia serba serbi kurang ni tidak akan berpuas hati. namun, sekarang ni aku bersyukur kerana masih ada pekerjaan. jika aku menilai benda yang paling basic, semestinya aku akan berkata "baguslah, sekurang2nya aku masih ada pekerjaan". pekerjaan aku ini okay dan tak pernah aku perlu datang kerja pada weekend. tahun lepas cuma sekali, dan tahun ini dah dua kali. adakah ini tanda aku menjadi semakin pemalas dan disorganized? ya..itu lah sebenarnya masalah aku... (^_^) ....
pada pagi yang cerah dengan langit yang cantik membiru, aku sampai ke office dengan hati yang semi-berat. kenapa la aku ni pemalas sangat nak siapkan kerja? padan muka aku (berkata aku kepada diri sendiri). parking kosong dan aku letak kereta aku di parking spot general manager aku. macam tu la perasaannya parking kat tempat GM aku - felt nothing actually. bukan apenye pun. tempat parking je. mungkin senang sebab kalau datang lambat pun masih ada tempat nak letak kete dan dekat dengan pintu masuk belakang. oh ya, langit biru itu datang dengan harga - pagi itu matahari terik dan membakar kulit aku. di manakah kau awan??
aku masuk je aku nampak poster ni. pejabat aku nak buat satu kempen utk galakkan semua datang awal dan tiada yang masuk lepas waktu yang ditetapkan. aku tiada masalah. rekod aku alhamdulillah baik. aku antara yang ke-satu sampai ke pejabat tiap2 pagi (*_*) - bangge nye!!! mungkin aku boleh berbangga dengan mematuhi aturan pejabat.
ada berberapa orang yang dah sampai semasa aku masuk. ini meja aku. ini cubicle aku. ini sara hidup aku. salaryman yang mungkin tidak mempunyai keberanian utk memulakan business sendiri. mungkin nanti aku akan mempunyai keberanian utk keluar dari kepompong comfort zone aku. mugi-chan datang bersama aku menemani. dia senyum je padahal aku tak (ToT). simple je meja aku. ada kipas angin kecik (sangat berguna) dan bendera malaysia tercinta. sticker dan magnet hiasan itu adalah tempat2 yang aku tak pernah pergi. tapi dapat dari orang lain. entah bila le aku nak ke negara luar.
aku balik dan beli setandan pisang berangan. aku dapati aku kurang makan buah2an. aku takut aku kekurangan gizi yang seimbang. jadi aku beli setandan ni. sekilo RM2.80. aku tak la tau itu murah atau mahal. aku beli je la sebab aku rasa mcm harganya okay. sedap juga rasa pisang ni. mungkin aku akan beli selalu. kat sebelah pisang tu ialah majalah yang aku baca kalau aku terpaksa berada dalam kereta - menunggu orang lain, jem, berehat dalam kereta (kalau penat) dan semasa ada masa terluang. aku rasa perlu aku aktifkan minda aku dengan bahan bacaan. kalau tak, otak aku akan mati dan aku akan berfungsi dengan kurang baik.
aku tak nak keluar malam itu kerana tugasan di pejabat mengambil banyak tenaga aku. aku hanya mahu berehat dan makan pisang yang baru dibeli. petang itu sebelum masuk ke rumah aku sekali lagi tengok ke langit. hari cerah dan langit masih biru - banyak awan kali ini. cuaca keseluruhan baik minggu ini. minggu2 sebelumnya hujan di sebelah petang. hari yang baik utk membasuh baju? ya betul.
0 comments:
Post a Comment