selamat juga aku mengharungi minggu ini dengan berjaya (ok, separuh berjaya sebenarnya). namun, walau apapun status mingguan aku - okay, menghampakan, gembira, sedih, stress, sangat bersemangat, etc - itu semua hanyalah satu dari skrip kehidupan manusia dan juga semestinya skrip hidup aku. walaupun kadangkala down, tapi yang penting aku masih diberi kesihatan dan dikelilingi oleh small number of very trusted friends and the most importantly my beloved family. okay, macam biasa! are you ready?!! jom kita mulakan!
walawei! sape yang kecik molek ni berdiri di sebelah biskut kerepek japon ni? (sangat serius aku perlu nyatakan aku tak tau samada tulisan ni terbalik atau tak. tahap penulisan dan mengenal huruf japon masih lagi di tahap bayi kecil). baiklah, ini adalah nendoroid petit (atau dipendekkan menjadi 'nendo') dari siri bakemonogatari. nama minah ni ialah shinobu-chan. aha! siap ada topi keledar lagi. boleh ditanggalkan. tapi dia lebih kiut kalau pakai helmet. dan kerepek bendalah dari japon ni pemberian rakan sepejabat yang balik sekejap dari japon sempena bercuti balik ke malaysia utk update HQ di malaysia perkembangan data kerja dan saiz perut beliau semasa berada di japon.
korang suka tak makan di wendy's? pada pendapat dan pendapatan aku yang sederhana ni, makanan di situ memuaskan dan sedap. aku lunch bersama rakan2 fotografer aku semasa photo-walk session. shinobu-chan pun join sekali tetapi aku yang penat berjalan. cuaca panas KL membuatkan sesi photo-walk kurang memuaskan terutamanya bila dah pukul 11 pagi. cuaca pun berjerebu membuatkan KL menjauhi suasana langit biru - aku agak frust dgn ketiadaan langit biru yang cantik semasa sesi ini.
tiba2 semasa berada di BTS, ada catwalk session utk butik2 feseyen yg berada di dalam BTS. siap ada contest foto lagi. best picture dapat hadiah. tapi aku tak join bab hadiah tu. tak berminat sgt. dan sesi catwalk tu pun tak berapa best sangat hehehehe. sebaliknya, aku ambik gambar 2 minah model (dari russia kot) yang tengah break tapi menonton sama sesi masa tu. tengok tangan dia. kurus amat!
ni la dia pentas catwalk tu. kenapa jalan di atas pentas memperagakan fesyen dipanggil catwalk? bermakna juga bahawa kucing ialah golongan model di kalangan binatang?
semasa sesi photo-walk tu, aku dan rakan2 foto lalu depan kedai ni. nampak macam popular sangat kedai ni. penuh dari dalam sampai keluar. waktu pun lebih kurang pukul 11 pagi masa ni. tak silap aku (mungkin aku silap) aku ada nampak mamat muka melayu beratur sekali kat corner simpang jalan sebelah kiri gambar ni. entah betul ke tak. mungkin matahari dah mula terik masa tu menyebabkan aku dan geng semua mengalami masalah ilusi optik. panas weh!
masa sesi photo-walk, langit membiru sedikit tetapi banyak partikel habuk dan jerebu mencacatkan warna biru yang pure yang sepatutnya menjadi warna langit pada masa tu.
masih semasa sesi jalan2 berfoto. yang ni diambil lebih awal. dalam pkl 10+ pagi. aku rasa gambar aku ni over-exposed sebab warna biru langit tak kelihatan. atau mungkinkah disebabkan jerebu? atau mungkinkah aku yang kurang bijak menggunakan setting kamera yang betul? hmmmm... tapi kat sebelah kiri tu ada restoran KFC. masa ni tekak dah mula kering, hehehehe. mencabar betul. banyak gambar2 yang di ambil semasa berjalan sekitar KL masa tu. cuma ambil sedikit saja sbg tatapan. (sebenarnya banyak gambar yg lain tak menjadi... ToT ).
kalau bergerak di KL ni eloklah guna pengangkutan awam. aku agak terkejut melihat jumlah pengguna rangakain tren awam - monorail, putra dan komuter - pengguna amat ramai. cuma star saja yang tidak ramai pengguna. mungkinkah sebab gerabak star lebih besar dan banyak? pada pendapat aku, elok diperkembangkan perkhidmatan awam munggunakan sistem rail ni. kalau gunakan jalan raya, ia masih lagi mengundang kesesakan.
comelnya... korang layan cerita drama korea tak? aku kadangkala tersangkut jugak. yang ni disebabkan si comel ni iaitu ham eun-jeong. comel kan dia ni. ya, dia sangat comel. secomel nendo yang beratur di depan tv ni..hehehehe. juga secomel mugi-chan yang gembira gambarnya dimasukkan sekali. ham eun jeong = kiut.
opsss..masih lagi ham eun-jeong? kenapakah? kenapakah? kenapakah??? oh..mungkin kerana dia sangat comel. sekian.
ini pun pelakon dari siri korea yang sama dengan ham eun-jeong. namanya park si-yeon. kenapa dalam gambar ni dia kurang lawa?. masa aku tengok dia dalam tv, dia amat cantik sekali. park si-yeon = cantik sangat. tapi ham eun-jeong lebih kiut.... ^_^
nendo dari siri lucky star dan bakemonogatari dialu2kan oleh mugi-chan. welcome! welcome!!. watak2 lucky star adalah tsukasa-chan, kagami-chan, konata-chan dan miyuki-chan. manakala watak2 bakemonogatari ialah shinobu-chan, karen-chan dan tsukihi-chan. kawaii!
pada satu ketika aku memandu dan kemudian terperangkap di kesesakan jalanraya. frust. tapi sebelah kanan ialah pusat bandar. aku ambik gambar ni saja2 je. nampak sangat jerebu sekitar KL ni. aku cuba kurangkan menggunakan kereta dan selalu juga menggunakn kenderaan awam. aku kesian tengok dunia ni yang sudah tercemar tahap tinggi ni. aku berpesan kepada diri aku dan readers yang tak seberapa di blog aku ni - jaga keindahan dan kebersihan dan kurangkan pencemaran. kita cuba lakukan yang terbaik utk dunia sebelum semuanya terlambat.
0 comments:
Post a Comment