Saturday, August 13, 2011

destinasi : teluk senangin

helo semua. kali ini aku nak bawa korang ke salah satu destinasi yang aku pergi baru2 ni - teluk senangin, perak. aku berada di sini bercuti bersama famili. kami di sana selama dua hari sebelum puasa bermula pada hari isnin satu ramadhan. mari aku ceritakan serba sedikit. tapi gambar2 yg aku include ni semuanya ditangkap pada senja. aku mmg suka mood gambar silhouette yang mana subjek itu berada dalam keadaan gelap dan latarbelakang pula cerah. langit petang sangat cantik. suasana langit sangat gorgeous, bak kata org kampung ^_^


matahari mula terbenam lalu hanya menyinari langit dengan warna keemasan. sedikit kebiruan langit kelihatan. tapi aku menantikan waktu dimana langit dan awan memberikan warna ungu ketika matahari terbenam. setakat ni pernah ada pun waktu sebegitu, tetapi kamera aku tidak bersama aku ToT . walau apa pun, perahu2 ini menambahkan dramatik gambar di atas ini. aku sangat suka.


peta ini menunjukkan di mana teluk senangin. cari ikon ais-krim. teluk senangin terletak betul2 do bahagian hujung kon yang tajam. mmmm... dapat makan ais-krim ni best nih! tambah pulak cuaca panas.


aku zoom lagi peta dan kini kon ais krim berada betul2 di kawasan aku bercuti di teluk senangin. ah ye..kebetulan pulak semasa berkelah di tepi laut tu, terdapat banyak penjual ais krim. pantai kawasan teluk senangin tidaklah cantik sangat, itu kerana perangai manusia yang mencacatkan kawasan dengan pembuangan sampah secara berleluasa. aku cuba juga mengutip sebanyak mana sampah dan mengumpulkan di satu kawasan. kamon la orang2 malaysia oi..! cuba le jgn sesuka hati je buang sampah merata.


air laut di sini sama macam teluk batik dan lumut. tidak secerah dan sejernih sesetengan pantai di pangkor, tioman mahupun redang. tapi, sekali sekala menjelajah ke tempat2 lain sekitar malaysia seronok juga. elok kita menggalakkan perlancongan domestik utk membantu menjana ekonomi tempatan dan negara.


langit senja sangat cantik. pada waktu ini cuaca agak berjerebu tetapi di kala senja, ia tidak kelihatan. angin petang agak kuat tetapi tidaklah terlampau kuat. ianya agak santai.


kelibat kecil bermain2 di pinggiran pantai dengan keriangan. sambil mengutip cengkerang2 berkejaran sesama sendiri. oh ya... pada satu malam itu aku, abang aku, adik aku dan abg ipar serta anak sedara aku pergi menonton perlawanan bola sepak antara malaysia dan singapura di satu gerai di tepi laut bersama2 dengan orang2 tempatan. gerai itu penuh dan suasana amat alive masa itu. walaupun set tv itu kecil, tetapi semua orang menonton dengan relax. sangat best.


mungkin teluk senangin tidak popular tetapi jumlah pengunjung agak ramai juga. terdapat juga penginapan 5 bintang (atau 4 atau 3 bintang) di sekitar teluk senangin yang caj RM280 satu bilik satu malam. tapi aku dan famili memilih chalet - lebih ekonomi dan tiada banyak pantang larang.


jika berpeluang, korang boleh datang ke sini. tetapi ia tidaklah seperti lumut atau pangkor. jika ke sini, korang hanya akan semata2 berkelah ataupun meluangkan masa bersama famili. jika ada siaran bola live, mungkin korang boleh join geng2 tempatan di warung2 gerai sambil pekena teh panas dan nasi goreng. alamak..aku dah rasa lapar dah ni bila sebut makanan. menaip di bulan puasa ini sebaiknya elakkan menyebut/menaip makanan/minuman. anyways, sekian saja kali ini. aku berfikir akan mengekalkan segmen destinasi ini di masa depan utk percutian/tempat2 menarik yg aku lawati di masa depan. selamat berbuka puasa!!

2 comments:

aj4 said...

wgs84:
lat 4.300537 degree N
long 100.581207 degree E

tukang karut said...

(^o^)V

cerita lain (他の物語)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...